Tahniah! Eyra Hazali Selamat Melahirkan

PELAKON Eyra Hazali selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada Jumaat.

Berita itu dikongsikan suaminya penjaga gol JDT Muhammad Haziq Nadzli menerusi Instagram dengan ucapan terima kasih kepada yang mendoakan proses bersalin berjalan lancar.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada yang mendoakan. Terima kasih, sayang.

“Papa dan mama love you, MHQ,” tulis Haziq.

Eyra dan Haziq berkahwin pada November tahun lalu.

Sebelum ini, Eyra atau nama sebenar Hazirah Qasdina Hazali, 21, mengumumkan bakal menimang anak lelaki menerusi sekeping foto baju bayi yang tertulis ‘It’s a boy’.

Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November tahun lalu dalam sebuah majlis sederhana di Masjid As Syakirin, KLCC Kuala Lumpur.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Harian

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment on "Tahniah! Eyra Hazali Selamat Melahirkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*