Identiti individu yg sebarkan video bahagian akhir 7 Hari Mencintaiku 2 dikenalpasti

BELUM reda isu filem dijual dengan harga serendah RM1 di sebuah laman e-dagang, kini penerbit dan novelis popular Siti Rosmizah Semail meluahkan perasaan kes4l apabila video klip episod 33 (terakhir) drama terbitannya 7 Hari Mencintaikui 2 dimuat naik seorang pengguna Twitter.

Rosmizah, 48, berkata dia menerima kiriman mesej peribadi daripada seorang pengikut di Instagram pada malam Rabu yang memberitahu tentang klip berdurasi 10 saat itu sebelum menghubungi individu yang bertanggungjawab menyebarkannya.

Bagaimanapun, pemilik syarikat produksi Srone Sdn Bhd ini berkata, dia k3cewa apabila individu yang dipercayai salah seorang kakitangan media digital TV3 itu memberikan alasan tidak mengetahui tindakan itu salah di sisi undang-undang.

“Pada malam Rabu tu saya terima DM di Instagram dari salah seorang peminat yang episod ke-33 telah dimuat naik di Twitter.

Rosmizah membuat laporan polis pada Khamis.

“Saya cari budak tu dan hubungi dia. Dia mengaku yang dia muat naik klip video tersebut… dia juga mengaku yang dia salah seorang staf yang bekerja di TV3.

“Bila saya tanya kenapa dia buat, dia kata dia tak tahu apa yang dia buat tu s4lah… dia kata dia muat naik klip tersebut hanya sekadar nak reveal penamat episod tu. Saya rasa jawapan tu tak masuk akal.

“Dia sebagai seorang staf yang bekerja di dalam jabatan media digital di stesen TV tersebut sepatutnya tahu yang perkara ini merupakan satu amanah,” katanya kepada mStar.

Walaupun individu tersebut sudah memadam klip itu atas permintaannya, dia tetap mengambil tindakan untuk membuat satu laporan polis di Balai Polis Rawang pada Khamis lalu bagi menjaga kualiti drama tersebut.

Tambahnya, sebagai seorang peguam dia tidak mahu perkara ini dipandang remeh oleh masyarakat kerana ia melibatkan isu hak cipta yang boleh memud4ratkan seseorang individu yang boleh dikategorikan sebagai jen4yah siber.

“Bila saya minta dia p4dam memang dia pad4m. Tapi saya tetap perlu buat repot polis sebab sebagai penerbit dan penulis, saya perlu jaga kualiti drama saya.

“Saya tak nak rating tiba-tiba jatuh sebabkan perkara ini. Ia akan beri kesan yang besar kepada semua yang terlibat, pihak produksi malah stesen TV.

“Saya nak tunjuk pada orang ramai yang isu hak cipta ni memang isu yang besar. Benda ni boleh dikategorikan sebagai jen4yah siber.

Antara pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 2.

“Ramai orang tak tahu… orang sangka kalau dit4ngkap mereka hanya akan dis4man, tapi tidak… ia boleh bawa mereka ke penjara. Kalau saya tak buat begini, sampai bila-bila industri hiburan di Malaysia ni akan diperlakukan seperti ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, novelis 7 Hari Mencintaiku ini memohon kerjasama orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya memuat naik sesuatu naskhah tanpa izin dan menjejaskan hasil titik peluh pihak terlibat.

Rosmizah turut meluahkan rasa kecewa dan berkata seseorang penerbit menghabiskan wang yang banyak untuk menghasilkan sesuatu karya namun ianya dicvri dan diros4kkan dalam masa 10 saat.

“Kasihan la pada kami selaku penerbit yang dah melaburkan wang berjuta ringgit untuk menghasilkan sesuatu karya. Kami dah berhabis duit untuk buat drama, tiba-tiba orang lain boleh senang-senang pergi muat naik 10 saat terakhir episod itu.

“Mencvri ni tak kira dalam bentuk apa sekalipun. Kalau barang orang yang bukan hak kita tetap dikira mencvri, walaupun dalam masa 10 saat,” jelasnya.

Episod akhir 7 Hari Mencintaiku 2 bakal ditayangkan di TV3 pada Isnin ini pukul 7 malam. – Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Harian

Sumber : https://kisahbena.com/

 

Be the first to comment on "Identiti individu yg sebarkan video bahagian akhir 7 Hari Mencintaiku 2 dikenalpasti"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*