“Asal Kelantan, patutlah peng0tor” – Baru 8 hari masuk universiti, pelajar dah kena hent4m… masak mi segera dalam baldi, 7 rakan sebilik join sekali

BAGI mereka yang pernah menjalani kehidupan di asrama, aktiviti makan mi segera bersama rakan-rakan bukanlah satu perkara yang asing.

Bagaikan menjadi kelaziman, ada pula yang bertindak esktrem dengan memasak mi segera dalam kuantiti banyak menggunakan baldi.

Begitu juga yang dilakukan seorang pelajar ini bersama tujuh lagi rakan sebiliknya pada Khamis pagi sebelum berkongsi rakaman itu di laman Twitter.

Sekadar suka-suka memuat naik video itu, Muhammad Musafir Kelana, 18, bagaimanapun tidak menyangka dia akan menerima kec4man.

“Saya baru lapan hari mendaftar sebagai pelajar. Hari tu kami cuti, jadi kami masak 10 bungkus mi segera untuk lapan orang dalam baldi.

Muhammad bersama rakan-rakan sebiliknya.

“Saya kongsi video di Twitter, tak sangka orang kec4m. Saya faham kenapa mereka kec4m. Kalau saya jumpa baldi yang berkerak pun saya tak akan makan.

“Tapi kami guna baldi baharu. Memang tak sempat guna untuk cuci baju lagi sebab baru masuk asrama,” ujar penuntut Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Pagoh, Johor itu.

Sebenarnya mak saya orang Kelantan, tapi saya lahir di Kedah.

MUHAMMAD MUSAFIR KELANA

Bercerita lanjut kepada mStar, dia yang menuntut dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal turut dilemp4rkan dengan komen kas4r berhubung video berkenaan.

Jelasnya, dia tidak kisah dengan kec4man yang diterima, namun menasihati orang di luar sana agar menjaga adab dan tidak bermain dengan sent1men kenegerian.

Paparan skrim rakaman tular berkenaan.

“Masa sekolah menengah, lima tahun saya duduk asrama. Jadi saya dah biasa. Saya gelak je baca komen, mungkin mereka geng-geng makan atas pinggan seramik 24 jam.

“Saya faham, lain orang, lain cara membesar. Pesanan saya, nak judge atau sampaikan krit1kan tu, biarlah beradab. Ada yang main sent1men negeri. Saya asal dari Kelantan, dia kata patutlah peng0tor.

Muhammad merupakan penuntut Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Pagoh, Johor.

“Sebenarnya mak saya orang Kelantan, tapi saya lahir di Kedah,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Muhammad juga hairan bagaimana video mi segera itu berjaya mengumpul lebih sejuta tontonan sejak ia dikongsi di Twitter.

Muhammad sudah terbiasa dengan kehidupan asrama sejak sekolah menengah lagi.

Namun katanya, dia melihat apa yang berlaku dari sudut positif dan mengakui langsung tidak terkesan dengan segala komen yang dilemp4rkan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Harian

Sumber : mStar

 

Be the first to comment on "“Asal Kelantan, patutlah peng0tor” – Baru 8 hari masuk universiti, pelajar dah kena hent4m… masak mi segera dalam baldi, 7 rakan sebilik join sekali"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*