“Gar4ng ketika bertugas di penj4ra…” – Anak Abu Bakar Juah

ANAK kedua kepada pelakon veteran Allahyarham Abu Bakar Juah iaitu Zarith Abu Bakar meluahkan rasa syukur apabila impian arwah bapanya untuk berada di samping keluarga pada saat-saat akhir hidupnya tercapai.

Menurut Zarith, 37, biarpun tiada kata-kata atau ucapan terakhir daripada bapanya namun dia dan keluarganya reda dengan pemergian arwah.

“Alhamdulillah mak, adik-beradik dan cucu dapat berkumpul di saat-saat akhir arwah kecuali suami saya yang tak dapat balik sini sebab bekerja di Kemboja.

Adik bongsu Zarith iaitu Benjamin (kiri) berhenti kerja untuk menjaga arwah bapa mereka.

“Semua adik-beradik arwah abah dan keluarga mentua dapat datang semalam (Sabtu).

“Arw4h pergi secara tenang dan kami sekeluarga reda dengan pemergiannya. Kata-kata terakhir itu tak ada tapi untuk dia bersama dengan keluarga di saat akhir tercapai.

“Interaksi terakhir abah bersama dengan kami melalui genggaman dan juga dia ada mengalirkan air mata seakan tahu sesuatu bakal berlaku,” kata Zarith kepada mStar.

Allahyarham Abu Bakar, 72, meningg4l dunia di kediamannya di Alam Damai pada pukul 6.35 petang Sabtu, akibat k4nser hati dan jen4zahnya selamat dikebvumikan kira-kira pukul 9.50 pagi Ahad di Tanah PerkubVran Alam Damai, Cheras.

Arw4h Abu Bakar bersama isteri dan anak-anaknya.

Arw4h mendirikan rumah tangga dengan Rusidah Mohd Yassin sejak 1980.

Pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Danial Nor, 39, Zarith, Safinas dan Benjamin Nor, 28 serta seorang cucu lelaki.

Allahy4rham Abu Bakar terkenal dengan watak antagonis dan antara filem lakonannya iaitu Senjakala, Rempit Sampai Ke Langit serta Dukun.

Abu Bakar merupakan pesara kerajaan dengan jawatan terakhirnya pada 2005 ialah Pengarah Kanan, Jabatan Penjara Malaysia, Taiping Perak.

 

Mak belum bersedia untuk ditemu bual begitu juga dengan adik-beradik saya yang lain.

ZARITH

ANAK KEDUA ABU BAKAR

Dalam pada itu, Zarith memberitahu bapanya mempunyai karakter yang berbeza dengan setiap lakonannya dan mereka sekeluarga pasti akan merindui lawak jenaka arw4h.

“Semua rakan arw4h mengetahui dia kelakar. Walaupun arw4h dikenali dengan watak antagonis tapi sebenarnya dia seorang yang kelakar.

“Apa yang kami akan rindu tentang arw4h abah… kelakar dia la, suka berlawak. Untuk watak garang itu arwah hanya gunakan ketika bertugas di Jabatan Penj4ra Malaysia, ” ujarnya.

Isteri Abu Bakar, Rusidah masih bersedia dengan pemergian suami tercinta.

Sementara itu, isteri kepada Allahyarham iaitu Rusidah serta anak-anak yang lain terutama bongsu, Benjamin belum bersedia untuk berkongsi perasaan selepas kehilangan orang tersayang.

“Mak masih bersedih dan dia berada di rumah sahaja. Mak belum bersedia untuk ditemu bual begitu juga dengan adik-beradik saya yang lain.

“Terutama adik bongsu kami yang berhenti kerja untuk menjaga abah. Dia banyak berkorb4n dan memang kami adik-beradik yang bergilir membantu mak untuk menjaga abah,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Harian

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment on "“Gar4ng ketika bertugas di penj4ra…” – Anak Abu Bakar Juah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*