Fazura Yg Hamiil, Fattah Pula Yg Kena

Aktor popular, Fattah Amin berkongsi pengalaman  mengalami perubahan selera makan ketika usia kandungan isterinya, pelakon Nur Fazura memasuki bulan kelima baru-baru ini.

Namun menurut Fattah, dia tidak mengalami alahan tervk dan hanya mahu makan makanan manis setiap hari.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

❤️✨

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

“Sewaktu usia kandungan Fazura memasuki bulan kelima, saya ada mengalami sedikit perubahan, saya tahu ada orang cakap, kalau isteri tak mengalami al4han, mungkin kena pada suami.

“Namun apa yang saya alami tidaklah tervk, saya cuma bertambah selera makan sahaja, ketika itu, hari-hari saya mahu makan makanan manis.

“Sampailah bila tiba waktu saya mahu jalani penggambaran, saya sedar muka saya lebih bulat dari biasa,” selorohnya.

Fattah berkata demikan ketika ditemui di sesi penggambaran Kempen Saya Anak Malaysia 2020 di Dataran Merdeka petang tadi.

Kempen ini merupakan satu inisiatif kerjasama antara Kementerian Perpaduan Negara dan Universiti Utara Malaysia untuk terus memartabatkan perpaduan di negara kita sempena Hari Malaysia tidak lama lagi.

Tambah Fattah, dia kini berasa teruja dan pada masa yang sama gementar untuk menyambut kelahiran cahaya mata pertamanya itu.

“Sekarang kehamilan isteri saya sudah masuk bulan yang ketujuh, insya-Allah dia akan bersalin sekitar bulan Oktober ini, sikit masa sahaja lagi.

“Saya rasa teruja dan pada masa yang sama gementar kerana ini pengalaman pertama saya menyambut kelahiran cahaya mata, saya harap para peminat mendoakan agar segala urusan saya dan Fazura dipermudahkan oleh Allah SWT,” katanya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Since I’ve started staying home more often now, I’ve got to know our indoor air quality could be 5x more polluted than the air outdoor! Especially when we thought shutting the doors in air-conditioned room will prevent dust and particles to enter the room. To my surprise, there are potentially harmful particles generated from the inside too! We breathe in daily here at home with unseen pollutants such as ultrafine dust particles, allergens, and chemical gases (since I’ve also been using disinfectant sprays a lot). I was so amazed when I first tested out the built-in intelligent senses of the @Dyson Pure Cool air purifier fan. Even my favorite perfumes and aromatic candles are something I’ve never thought twice about being sources to harmful air pollution! I am so grateful that my home has much cleaner air now and it is just perfect timing in preparation to welcome our Precious Baby soon! 🙂 🥰✨ #DysonPureCool #DysonMY #tp04

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Harian

Sumber : GEMPAK

 

Be the first to comment on "Fazura Yg Hamiil, Fattah Pula Yg Kena"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*