“Dig0da suami orang..” – Wafa

WATAK sebagai Nurul Ain yang ingin merampas suami kepada Mia Adriana (Siti Saleha) iaitu Kuzairi lakonan Shukri Yahaya menerusi drama 7 Hari Mencintaku 2 membuatkan pelakon Wafariena dikec4m teruk oleh netizen di laman sosial.

Bagaimanapun Wafariena atau lebih mesra disapa Wafa, 25, berkata karakter sebenarnya sangat berbeza dengan watak Nurul Ain dalam drama tersebut dan dia tidak pernah terfikir untuk meramp4s suami orang.

Pemilik nama Wafariena Roslan mengakui pernah diganggu lelaki berstatus suami orang namun dia tidak pernah melayan godaan tersebut.

Wafa pernah diganggu suami orang sebelum jadi pelakon.

“Wafariena dan Nurul Ain adalah orang yang sangat berbeza. Memang karakter kami tidak sama pun dan banyak perbezaan. Nak ramp4as suami orang itu, memang tidak la. Kalau orang tak kenal saya, mesti akan fikir saya somb0ng.

“Tapi kalau dah kenal, memang saya suka mengusik orang dan gemar bercakap. Tak kenal kata kita pendiam, dah kenal dia suruh kita duduk diam.

“Sebenarnya sebelum saya dikenali, ada saja suami orang yang menganggu saya. Tapi memang saya tak layan langsung. Saya pula memang jenis keluar bersama keluarga, jadi orang takut nak kacau,” kata Wafa kepada mStar.

 

Sedangkan saya memang tak pakai tudung pun tapi untuk watak Nurul Ain sahaja saya pakai.

WAFARIENA

PELAKON, PENYANYI

Menerusi drama yang mengisi slot Akasia itu, watak Nurul Ain diwujudkan sebagai perosak rumah tangga Mia, lakonan Siti Saleha dan Khuzairi (Shukri Yahaya).

Lakonan tersebut berjaya membuatkan penonton ber4ng dan tidak puas hati dengan Nurul Ain sehinggakan ada yang memanggilnya dengan perkataan tidak baik serta diugut simb4h asi1d.

Dalam pada itu, Wafa yang juga seorang penyanyi ini juga mengakui ada segelintir netizen menyangka dirinya membuka tudung sedangkan pemakaian hijab itu hanya untuk watak dalam drama tersebut.

Wafa sememangnya tidak bertudung.

“Sehingga kini masih ada lagi yang kec4m saya di DM dan komen di Instagram saya tapi saya biarkan sahaja. Tapi ada yang kec4m dan marah kenapa saya buka tudung selepas dikenali.

“Sedangkan saya memang tak pakai tudung pun tapi untuk watak Nurul Ain sahaja saya pakai. Tapi orang yang baru nak follow saya memang tak tahu yang saya sememangnya tidak bertudung,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Harian

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment on "“Dig0da suami orang..” – Wafa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*