Guru Rakam Video Murid Jawab ‘Bapa Masak Ketvm’ Cerita Hal Sebenar

Semalam viral apabila satu rakaman video memaparkan seorang murid di sekolah rendah menjawab soalan guru hingga mengundang perhatian ramai orang. Tindakan guru tersebut merakam video tersebut menimbulkan rasa tidak senang kepada penceramah sekolah Akhi Fairuz Al-Jengkawi.

Terbaru, guru berkenaan menjawab kembali teguran yang dibuat ke atas dirinya. Menurutnya, beliau tidak pernah memuat naik video tersebut di media sosial dan hanya dihantar kepada ibu murid ini.

Tak pernah vir4l di Facebook

Saya rakam dan forward video tersebut hanya untuk ibu bapa dengan harapan jika benar ayah murid saya kaki ketvm harap dapat cover dari anak. Saya tidak sesekali menviralkan di Facebook atau group. Hanya pada ibu anak ini. Sepanjang perkhidmatan saya, saya tidak pernah memuat naik aktiviti murid saya di Facebook.

Cikgu yang merakam video ‘ayah saya masak ketvm’ itu menghantar satu mesej kepada penceramah ini mengenai isu yang viral di mesia sosial. Menurut cikgu ini, rakaman itu hanya dihantar kepada ibu kanak-kanak tersebut untuk tujuan membantu pelajar tersebut.

Namun beliau tidak sangka rakaman video itu viral di media sosial sehingga menyebabkan ramai yang mengkritik beliau. Hanya ibu kepada pelajar tadi sahaja yang mempunyai jawapan begini.

Murid ketawa lihat saya ketawa

Sebenarnya murid ketawa kerana melihat saya ketawa. Saya jarang ketawa dalam kelas tuan. Saya guru yang agak serius. Bila murid-murid melihat saya ketawa sampai keluar air mata, mungkin excited tengok cikgu gelak.

Berkenaan isu ketawa besar yang rata-ratanya menganggap pelajar di dalam kelas terbabit tahu apa itu kevm. Cikgu berkenaan memberi respon bahawa pelajar itu hanya ketawa selepas melihat dirinya ketawa dan dia yakin semua tidak tahu maksud ketvm. Menurut Akhi, cikgu berkenaan mungkin tidak perlu menghantar video tersebut kepada ibu bapa walaupun berniat baik.

Cikgu hanya perlu rujuk pentadbir sekolah bagi membincangkan perkara ini. Dan lebih baik jika menunjukkan video tersebut secara berhadapan bersama ibu bapa pelajar berkenaan. Dan akhir sekali, maklumkan apa kesan buruk yang boleh dialami oleh pelajar terbabit jika perkara ini berterusan dan si ayah tidak berubah.

Sumber : Akhi Fairuz Al-Jengkawi.

KOMEN NETIZEN :

Tular video ‘ayah masak ketvm’, Ini reaksi Presiden Kesatuan Guru

PENYEBARAN video kanak-kanak sekolah yang menjawab soalan guru dengan berkata bahawa bapanya pandai masak air ketvm tidak wajar dan tidak sepatunya berlaku.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Amiruddin Awang berkata, beliau sudah melihat video yang tular di media sosial pagi tadi dan masih belum mengetahui punca sebenar bagaimana video berkenaan boleh tular.

Menurut beliau, perkara itu di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan dan NUTP memandang serius perkara itu kerana membabitkan kanak-kanak bawah umur.

“Perkara itu sepatutnya tidak berlaku kerana boleh mencemarkan maruah keluarga dan kanak-kanak terbabit, ” katanya ketika dihubungi di Putrajaya, hari ini.

Video tular hari ini menunjukkan murid sekolah berkata bapanya pandai masak air ketvm apabila menjawab soalan gurunya.

Amiruddin berkata, pihaknya akan menunggu maklumat lengkap berkenaan video yang tular itu sama ada ia dilakukan oleh pihak lain.

Menurut beliau, sekiranya perkara itu dilakukan oleh guru, ianya sesuatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab kerana membabitkan hal ehwal murid dan pihaknya menyerahkan kepada Kementerian Pendidikan bagi membuat siasatan.

Katanya, beliau turut menasihatkan guru agar berhati-hati dengan kecanggihan teknologi masa kini supaya tidak melakukan perkara di luar batasan yang boleh menjejaskan institusi perguruan.

“Buat masa ini kita menyerahkan kepada pihak bertanggungjawab untukmembuat siasatan dan motif sebenar ia ditularkan,” katanya

Sudah menjadi ‘trend‘ pada hari ini, asal ada perkara yang dianggap menarik, mesti akan dirakam kemudian ditularkan ke media sosial.

Tambahan pula, kewujudan pelbagai aplikasi seperti TikTok, Instagram dan sebagainya yang rancak seperti cendawan tumbuh selepas hujan menambahkan lagi ‘keinginan’ mereka untuk masing-masing menjadi terkenal di dalam skrin.

Namun, di sebalik rasa gembira membuat sesuatu perkara yang tular, kadangkala kita terlupa bahawa perlakuan itu sungguh mengaibkan, apatah lagi jika melibatkan individu lain.

Baru-baru ini, tular satu rakaman video di media sosial yang memaparkan seorang anak murid menjawab persoalan cikgu di dalam kelas tentang ayah masak apa di rumah.

Tanpa berfikir panjang, seorang murid ini menjawab dengan jelas, “Ayah saya masak ketvm,

Mungkin jawapan tersebut nampak kelakar, maka video tersebut tular dan menjadi tontonan umum oleh ribuan pengguna media sosial.

Bagaimanapun, tanpa disedari perakam tersebut, video berkenaan yang menjadi tular dikatakan merupakan satu bentuk pembulian siber dan boleh memudaratkan kanak-kanak berkenaan.

Sumber : OHBULAN

Be the first to comment on "Guru Rakam Video Murid Jawab ‘Bapa Masak Ketvm’ Cerita Hal Sebenar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*