“Jangan Ingat Cantik…” Tunang Raja Afiq Dikec4m Gara2 Foto Ini

DALAM diam-diam pelakon Raja Afiq sudah mengikat tali pertunangan dengan anggota polis Soffwany Yusoff dan merancang melangsungkan pernikahan tahun ini.

Menurut Soffwany atau nama sebenarnya Fairuzziha Hazwany Mohamad Yusoff, 31, majlis pertunangan mereka diadakan secara tertutup beberapa bulan lalu dan pada ketika itu mereka belum bersedia berkongsi kepada umum.

“Saya sudah mengenali Raja Afiq sejak awal tahun ini, tapi tak pernah dedahkan status hubungan kami berdua.

“Kami pun sudah melangsungkan pertunangan beberapa bulan lepas tapi memilih untuk tidak menghebohkan berita ini kerana masing-masing belum bersedia untuk berkongsi. Hanya ahli keluarga yang tahu mengenai status kami,” katanya kepada mStar.

Soffwany berkata dia dan Raja Afiq mula berkenalan melalui laman Instagram.

Bercerita lanjut mengenai hubungan mereka, Soffwany yang bertugas dalam Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata mereka hanya berkenalan dalam masa beberapa bulan sebelum memutuskan untuk ke fasa yang lebih serius.

“Kami mula berkenalan selepas kerap berbalas mesej di Instagram.

“Mula-mula saya memang tak layan Raja Afiq tapi dia tak putus asa mesej saya. Daripada situ, kami bertukar nombor telefon dan mula rapat,” katanya yang juga seorang penyanyi.

Soffwany pernah menjadi bualan netizen pada 2016 selepas tular mengenai kemerduan suaranya.

Mengulas persiapan pernikahan, Soffwany berkata pasangan itu sepatutnya melangsungkan pernikahan pada Ogos atau September tahun ini tetapi terpaksa ditangguhkan.

“Sepatutnya, kami melangsungkan pernikahan pada Ogos atau September ini tapi disebabkan PKP, majlis kami ditangguhkan pada satu tarikh yang belum ditentukan lagi.

“Cuma harapnya ia dapat dilangsungkan sebelum tahun hadapan.

“Lagipun, masih banyak perkara yang masih belum lengkap. Raja Afiq pun belum menghadiri kursus kahwin lagi,” jelasnya.

Pada 2016 Soffwany pernah menjadi bualan netizen kerana menyanyikan lagu raya berjudul Pulang yang rata-rata kagum dengan bakat nyanyiannya.

Terbaru Soffwany memuat naik Foto di instagram tarik perhatian ramai

KOMEN NETIZEN :

Nk pkai tudung pkai btul2.. jgn igt cntik pkai cmtu,,,nmpk comot lg adela..

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Harian

Sumber : Instagram Soffwany, Mstar

 

Be the first to comment on "“Jangan Ingat Cantik…” Tunang Raja Afiq Dikec4m Gara2 Foto Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*