“Nak bertunang tapi bukan dengan Dayang…” – Hael Husaini

BAHARU sahaja melancarkan single yang berjudul Bujang, penyanyi Hael Husaini berharap dapat menamatkan zaman bujang secepat mungkin.

Hael atau nama sebenar Hal Husaini Razmi, 33, berkata dia tidak berasa tertekan melihat rakan-rakannya yang mula melangkah ke alam perkahwinan bagaimanapun mengakui ingin merasai sendiri pengalaman berkeluarga dan berharap dapat ditemukan jodoh yang baik

“Tak ada la tertekan tapi kadang-kadang saya pun nak merasa juga sebenarnya… sebab umur pun dah meningkat.

“Sebenarnya tak salah pun nak jadi bujang. Cuma saya tengok kawan-kawan dah bertunang, dah berkahwin dan sebagainya. Saya yang umur meningkat ni bila tengok kawan-kawan, saya terfikir seronoknya hidup berkeluarga.

 

Tak apa la, saya yakin akan ada juga jodoh itu nanti.

HAEL HUSAINI

PENYANYI

“Tapi tak apa la, saya yakin akan ada juga jodoh itu nanti. Saya cuma kena mencari dan banyakkan berdoa semoga yang baik-baik datang,” katanya kepada mStar.

Hael ditemui pada sidang media program nyanyian Immortal Songs yang diadakan di Farm Fresh Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, Selangor pada Selasa.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Jampi ini menafikan dia bakal bertunang dengan penyanyi Dayang Nurfaizah, 39, dalam masa terdekat.

Namun Hael berkata dia bakal mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihannya apabila sudah sampai masanya.

Hael menafikan bakal bertunang dengan Dayang Nurfaizah.

“Tak ada… belum lagi. Saya tak nak jawab soalan ni. Saya tak mahu komen… bahaya soalan ini.

“InsyaAllah kalau ada rezeki dengan sesiapa yang sudi dan kalau dah sampai jodoh, saya akan bertunang,” ujar Hael.

Hael dan Dayang pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa apabila mereka dilihat sering berkolaborasi di media sosial namun hubungan tersebut hanyalah antara sahabat.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Harian

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment on "“Nak bertunang tapi bukan dengan Dayang…” – Hael Husaini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*