“Belajar Tinggi2..” – Keluarga Bising Dr. Say Jadi Pelakon, Sekali Fahrin Ahmad Bersuara

Pengacara My Doktor, Dr. Say Shazril akui kedua-dua ibu dan bapanya mempertikaikan pilihannya untuk menceburi bidang lakonan.

Kata Say, selain tanggapan orang ramai terhadap bidang berbeza, dia risau sekiranya kerjaya sebagai pelakon tidak sesuai baginya yang berkelulusan perubatan.

“Salah satu sebab saya tolak tawaran berlakon selain kerisauan bini adalah saya memikirkan tanggapan orang terhadap saya.

“Iyalah ‘belajar tinggi-tinggi tuptap end up berlakon. Apo cito?’. Sekurang-kurangnya itu apa yang ibu dan bapa saya bisingkan bila saya cerita hasrat saya nak berlakon.

“Tapi bila fikir balik ‘why not?’ dan ‘what’s wrong with doktor berlakon?’,” kongsinya menerusi entri di Instagram.

Tambah Say, dia bersyukur dipertemukan dengan pelakon dan produksi yang membantunya mengasah bakat lakonan pertama kali.

Malah, Say akui bidang lakonan drama lebih sempoi berbanding iklan.

“Yang membezakan drama dengan iklan adalah drama sangat ‘chill’. Nak olah skrip ikut keselesaan sendiri boleh janji point itu ada. Kalau iklan kena ikut 100 peratus skripnya,” ujarnya.

Say turut mendapat nasihat dan bimbingan daripada Nabila Razali, Mona Allen dan Fahrin Ahmad yang turut menceburi bidang lakonan daripada latar belakang pendidikan berbeza.

“Saya faham dilema dan konflik asas menjadi pelakon, dulu keluarga saya lagi risau dan garu kepala, apatah lagi mereka guru dan pensyarah.

“Saya belajar undang-undang tapi tak praktis.

“Bercakap mengenai situasi terkini, takkan habis selagi memikirkan tanggapan orang terhadap kita. Rezeki datang dalam pelbagai cara.

“Definisi bahagia dan berjaya pun berbeza dalam diri setiap manusia. Yang pasti dalam hidup saya belajar apa yang penting adalah antara kita dan Tuhan.

“Sikap paling asas dalam diri kita ialah ikhlas dan niat, insan-insan tersayang dalam hidup dan jangan pernah berhenti meneroka potensi diri,” nasihat Fahrin.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Harian

Sumber : GEMPAK

 

Be the first to comment on "“Belajar Tinggi2..” – Keluarga Bising Dr. Say Jadi Pelakon, Sekali Fahrin Ahmad Bersuara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*