“Saya Rugi Beratus Ribu..” – Nabil

KUALA LUMPUR: Di sebalik bersikap gi1la-g1ila dan gemar berlawak, pelawak, pengacara dan pelakon, Nabil Ahmad ternyata seorang berpandangan jauh.

Menyedari kerjaya seni tidak selamanya berada puncak, personaliti berusia 37 tahun itu rancak merancang pelbagai perniagaan agar masa depannya bersama isteri dan tiga cahaya mata terjamin.

Selagi ada ‘lubang’, selagi itulah pemegang gelaran juara program realiti, Raja Lawak musim kedua terus menggali peluang. Malah, Nabil tidak kisah seandainya ada yang melabelkannya tamak.

Bagi personaliti kelahiran Mambau, Negeri Sembilan itu, dia enggan mempersia-siakan peluang bergelar selebriti yang memberikan pelbagai kelebihan buatnya.

“Kerjaya seni sedikit sebanyak terjejas ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Undangan pengacaraan dan persembahan daripada Mei hingga Disember dibatalkan berikutan pandemik COVID-19. Saya kerugian beratus ribu ringgit akibat lebih 20 persembahan dibatalkan.

“Bagaimanapun, kerjaya sebagai pengacara televisyen dan penyampai radio masih bertahan, tetapi saya perlu memikirkan strategi lain. Lagipun, nama masih dikenali dalam industri, kenapa tidak digunakan peluang yang ada untuk kepentingan masa depan saya dan keluarga,” katanya kepada BH Online.

Antara perniagaan yang pernah diterokai Nabil termasuklah penubuhan syarikat penerbitan, KMN Production yang banyak menerbitkan telefilem dan drama untuk Astro. Nabil bersama rakan kongsi, Datuk Khairil Muzamil Abdul Rahman juga bakal menerbitkan filem sulung berjudul Mat Bond Malaya, tahun depan.

Selain itu, Nabil juga pernah mengeluarkan perisa vape yang tersendiri.

Terbaharu, Bintang Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada 2009 itu menerokai bidang fesyen dengan memperkenalkan fesyen pakaian jalanan atau ‘streets wear’ menerusi jenama LuPK Sendiri dengan menjalin usaha sama bersama rangkaian jenama produk sukan terkemuka, Al-Ikhsan.

Isterinya, Zira Ayub pula kini gigih mengeluarkan produk coklat yang diusahakan dikenali sebagai Baby Nuts.

“Idea mengeluarkan jenama pakaian dan produk coklat tercetus selepas PKP.

Sepanjang PKP, kami menerima banyak permintaan pengusaha produk makanan untuk membuat ulasan mengenai produk.

“Bayaran yang diberikan memuaskan, walaupun harga yang ditetapkan lebih rendah berbanding selebriti lain.

“Apabila fikir semula, kenapa tidak mengusahakan dan mempromosikan produk sendiri. Ketika masih ada nama dan dikenali, saya perlu merebut apa sahaja peluang untuk mencari rezeki,” katanya.

Pelakon filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie dan Romeo Kota itu berkata, jika pengusaha produk mampu membayar ribuan ringgit kepada golongan selebriti, bermakna berapa banyak keuntungan yang diperoleh? Jadi, dari situlah timbul idea perniagaan ini.

“Sama juga apabila dilantik sebagai duta produk untuk jenama tempatan atau antarabangsa. Jika syarikat mampu membayar ratusan ribu ringgit kepada selebriti apabila dilantik sebagai duta, berapa pula keuntungan jualan mereka?

“Itu bermakna selebriti membantu menjana perniagaan. Satu kesilapan jika saya sebagai selebriti tidak menggunakan keistimewaan yang dimiliki untuk mempromosi dan memasarkan produk sendiri,” katanya yang bercita-cita memiliki empayar perniagaan sendiri.

Katanya, ia tidak mustahil dicapai melihat kejayaan beberapa pengusaha produk yang berjaya membina empayar perniagaan.

Bagaimanapun, kata Nabil, dia rancak berniaga bukan kerana mahu mengundur diri daripada bidang seni. Sebaliknya, masih belum mengenal erti bosan untuk terus berkarya, tetapi apa yang dilakukan demi masa depan.

“Selagi orang nampak, selagi itu saya mahu merebut peluang depan mata. Selain itu, ramai yang sudi membantu apabila bergelar selebriti. Sebab itu, saya mahu menggunakan kesempatan termasuklah mencuba bidang pertanian pula selepas ini. Saya kini dalam proses membuat penanaman nanas ,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Harian

Sumber : BH

 

Be the first to comment on "“Saya Rugi Beratus Ribu..” – Nabil"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*