Belum kahwin dah menyakiitkan hati! Bakal isteri kerja pasar raya, pemuda berangan ‘pencen’ awal – “Patutlah perempuan lagi sanggup single”

DALAM keadaan ekonomi yang tidak menentu, terutama kesan akibat pandemik Cov1id-19, ramai mula mengambil inisiatif untuk membuat lebih satu kerja dalam satu masa.

Sama ada bujang atau berkahwin, mempunyai kerja lebih daripada satu bukan lagi luar biasa kerana begitulah apa yang perlu dilakukan demi kelangsungan hidup.

Namun, berbeza pula dengan seorang pemuda yang memasang angan-angan untuk berhenti kerja apabila berkahwin nanti.

“Bakal isteri saya kerja pasar raya, gaji RM1,200. Patut ke saya kerja lagi?” soalnya, sehingga postingnya itu menjadi tular di media sosial.

Persoalan seorang pemuda menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

Timbul pelbagai reaksi terutama kecaman dan lelaki berkenaan dikriti1k kerana menggambarkan gaji RM1,200 adalah mencukupi dengan kos sara hidup yang tinggi.

“Kepada bakal isteri eloklah tarik diri jangan kahwin dengan lelaki pemalas ni. Kalau kau tak mintak cerai, kau menyesal nanti,” komen seorang netizen.

 

Tak payah kerja. Kau jadi biawak hidup je la. Eh sak1it pulak hati.

NETIZEN

“Baru bakal isteri belum sah lagi, dah plan nak pencen,” ujar yang lain.

“Isteri tanggung suami ke zaman sekarang? Patutlah banyak perempuan lagi sanggup hidup single,” tulis seorang wanita.

Antara komen netizen.

Malah, ada yang berang dengan pertanyaan lelaki berkenaan yang disimpulkan sebagai manusia pemalas dan hanya mementingkan diri sendiri.

“RM1,200 tu nak makan apa lepas bayar komitmen? Ubi kayu? Telur ayam? Pasir? Belum kira perbelanjaan anak-anak lagi. Boleh tanya patut ke kerja lagi? Baik tak payah kahwin kalau kemudian menyusahkan orang,” ujar netizen dengan nada kesal.

“Tak payah kerja. Kau jadi biawak hidup je la. Eh sak1it pulak hati,” kata seorang netizen menyindir.

“Tak payah kerja, kahwin pun tak payahlah bang,” komen netizen lain memberikan jalan penyelesaian terbaik buat pemuda berkenaan bagi menjawab persoalannya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Harian

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment on "Belum kahwin dah menyakiitkan hati! Bakal isteri kerja pasar raya, pemuda berangan ‘pencen’ awal – “Patutlah perempuan lagi sanggup single”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*