[VIDEO] ‘Suara misteri di perkubvran rupanya betul. Wanita ini cerita perkara sebenar

“VIDEO saya duduk di atas jengkaut dengan latar belakang tanah perkuburan itu dirakam tanpa sengaja dan saya tidak sangka ia akan tular hingga menjadi bualan warganet,” kata ibu tiga anak, Siti Natrah Ismail.

Siti Natrah, 30, memberi reaksi itu ketika diminta mengulas mengenai video yang dimuat naik di Facebook (Fb) miliknya, dua hari lalu.

Menerusi rakaman video berdurasi 14 saat itu, kedengaran suara misteri seperti merayu dan mer4ung meminta tolong ketika Siti Natrah berseorangan duduk di atas jengkaut di kawasan tanah perkvburan berkenaan sehingga mendapat perhatian warganet.

Bercerita lanjut, Siti Natrah berkata, video berkenaan dirakam kelmarin, sekitar 3.45 petang ketika berada di Tanah Perkvburan Islam Sireh, Pelabuhan Klang, Selangor.

“Saya ke tanah perkvburan kerana mahu menyerahkan barangan ayah yang juga penggali kubvr di situ.

“Sementara menunggu ayah tiba, saya duduk di atas sebuah jengkaut dan entah kenapa, saya tergerak untuk merakam video pada hari itu.

“Sedangkan, ayah melarang berbuat demikian kerana mahu kawasan tanah perkubvran dihormati,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Siti Natrah, pada waktu itu, angin bertiup kuat dan tidak mendengar dan menyedari adanya suara berkenaan sehingga memainkan semula video berkenaan beberapa kali selepas meninggalkan kawasan tanah perkubvuran.

Katanya, video itu mulanya dimuat naik pada ruangan status di aplikasi WhatsApp.

“Bagi mendapat kepastian, saya hantar video itu daripada keluarga dan rakan terdekat.

“Ingatkan, hanya saya saja yang mendengar suara aneh itu. Rupanya, keluarga dan rakan juga terdengar suara yang sama.

“Tidak pasti dari mana datangnya suara itu tetapi ia seolah-olah suara meminta tolong dari dalam kubvr,” katanya yang bekerja sebagai pembantu tadika.

Menurut Siti Natrah, video dimuat naik itu adalah yang asal tidak disunting dengan niat untuk meraih tontonan

“Saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk menggunakan menyunting video. Selama ini, saya hanya tahu menyunting gambar saja ,” katanya.

Siti Natrah berkata, terpulang kepada penilaian warganet untuk percaya dengan apa didengari mereka atau sebaliknya.

Cuma, dia berharap mereka yang menonton dapat mengambil iktibar daripada perkongsiannya itu.

“Saya tidak pernah merakam video di kawasan tanah perkvburan sebelum ini kerana ayah melarang berbuat demikian kerana mahu tempat itu dihormati.

“Video itu benar-benar membuatkan saya tersentak dan memang memberi peringatan kepada diri sendiri saya untuk sentiasa ingat akan kematian,” katanya

Menurut wanita ini, walaupun ini pengalaman pertama buat dirinya namun mungkin bukan pertama kali buat ayahnya yang sudah biasa bekerja di tanah perkuburan tersebut.

Saya baru pertama kali laa. Kalau ayah tu dah banyak kali. Dia cuma cerita macam-macam dekat anak-anak dan cucu-cunya sahaja. Cuma dia pesan kita tutup a1ib orang, orang tutup a1ib kita.

Xde niat ape pn..Masa rakam angin kuat sangat.. Lepas rakam dgr balik.. Allahuakbar.. Fokus suara tu + anginPeringatan untuk diri sendiri..Mati itu pasti.. #duniasementara..Akhirat kekal selamanya..Kite manusia..Nota kaki.. Masa tu akak sorg je.. Sgla jengkaut mmg xhidupShare silakan..kredit: Natrah Ismail

Posted by Muslim Beriman on Friday, August 21, 2020

Tidak mengulas lanjut mengenai pengalaman ayahnya, wanita ini akui rasa sayu ketika dengar suara ‘misteri’ dari kubvr itu. Malah ayahnya turut marah sejurus mengetahu dia merakam video tersebut.

Ayah pun sampai. Saya tunjuk die video itu terus kena mar4h. Memang elok lepas dengar balik tu ayah sampai. Kalau tak memang lari cabut. Memang tak tunggu. Saya pun bukan berani sangat.

Mengakhir temubual bersama Oh!Bulan, wanita ini sempat berkongsi pesanan ayahnya bahawa alam ghaib atau misteri ini mungkin tidak nampak kita. Tapi mungkin mereka nampak kita.

Semoga video itu dapat menjentik juga hati kita yang kadang kadang lupa alam yang kekal

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : http://trendingsangat.pw/

 

Be the first to comment on "[VIDEO] ‘Suara misteri di perkubvran rupanya betul. Wanita ini cerita perkara sebenar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*