Kecoh Remaja Pandu Kereta Mirip Cik B, Akhirnya DS Vida Buka Mulut

Usahawan kosmetik tersohor, Datuk Seri Vida tampil memberi perjelasan mengenai video yang sedang tular ketika ini.

Menurut Vida atau lebih mesra disapa DSV, video berkenaan adalah video lama ketika dia menghadiahkan anak perempuannya Cik B sebuah kereta jenama Mercedes Benz.

“Itu video lama sekitar tahun 2017 atau 2018. 

“Cik B dapat hadiah kereta pada hari jadi dia,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Ditanya mengenai laporan polis yang dibuat susulan tindakan remaja tersebut memandu tanpa lesen, DSV menjelaskan dia tidak tahu mengenai hal tersebut.

“Jadi kes polis ke? Saya tak tahu.

“Itu video lama jadi saya harap orang tak sebarkan infomasi yang tidak betul,” katanya.

Terdahulu, video berdurasi 33 saat itu kecoh di media sosial dan dipercayai dirakam di kawasan Meru Hills, Ipoh Perak.

 

Menerusi wajah remaja berkenaan, ada yang mendakwa individu berkenaan mirip Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin.

Sementara itu, menerusi laporan Mstar, Polis kini sedang mengenal pasti identiti remaja perempuan di dalam video berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, video berkenaan memaparkan seorang remaja perempuan sedang memandu sebuah kereta, namun model dan nombor pendaftaran tidak dapat dikenal pasti.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

JANGAN CURI PANDANG YE.. NAK GELANG GINII?. . ADA KAT @telagaemasdsv . 108 gm je . Mas murah

A post shared by Dato’ Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : GEMPAK

 

Be the first to comment on "Kecoh Remaja Pandu Kereta Mirip Cik B, Akhirnya DS Vida Buka Mulut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*