Penyanyi Big Stage Sandra Telah Meningg4l Dunia, Ini Kata2 Terakhir Sufie Rashid Kepada Sandra

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Sandra Dianne yang tidak sedarkan diri selepas terbabit dalam kemal4ngan, Sabtu lalu, mening4l dunia di Hospital Putrajaya, awal pagi tadi.

Pemergian Sandra, 26, yang juga salah seorang peserta program realiti Big Stage 2020, dimaklumkan penyanyi berasal dari Singapura, Sufie Rashid melalui entri di Instagram, kira-kira jam 1.20 pagi.

Selepas hampir seminggu tidak sedarkan diri, Sandra meningg4l dunia di unit raw4tan rapi, Hospital Putrajaya, awal pagi tadi. 

Sufie menulis:

“Assalamualaikum semua, minta sedekahkan al-Fatihah untuk Sandra yang telah meninggalkan kita.

“Selamat pulang ke Rahmatullah sahabatku. You’re a good friend with a beautiful heart (anda sahabat yang baik dan berhati mulia).

Sufie berkongsi berita sedih pemergian sahabatnya, Sandra di Instagram. Foto IG Sufie Rashid

Sufie berkongsi berita sedih pemergian sahabatnya, Sandra di Instagram. Foto IG Sufie Rashid

“Terima kasih sebab beri saya peluang untuk satu pentas dengan awak. Semoga awak tenang di sana… Innalillahiwainnailaihirojiun.”

Sabtu lalu, Allahyarham Sandra yang popular dengan lagu Hey! Kau terbabit dalam kemal4ngan ketika dalam perjalanan mengikuti latihan konsert minggu keempat Big Stage 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Jenaz4h Sandra dikebvmi di Sabah

Selepas hampir seminggu tidak sedarkan diri, Sandra meninggal dunia di unit rawatan rapi, Hospital Putrajaya, awal pagi tadi. Foto NSTP

Jenazah penyanyi Sandra Dianne yang meningg4l dunia di Hospital Putrajaya pada jam 1 pagi hari ini akan dibawa pulang ke Sabah untuk dikebumikan di kampung halamannya di Kg Kauluan, Tuaran.

Menurut jurucakap Sony Music Entertainment Malaysia, Veea Norman, dia mewakili pihak keluarga meminta doa semua agar segala urusan pengebumian Allahyar-ham dipermudahkan.

“Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin mengesahkan Sandra Dianne meningg4l dunia pada hari ini, 11 September 2020 pada jam 1 pagi di Hospital Putrajaya.

“Jenaz4h akan dibawa pulang ke Sabah dan akan dikebmikan di Kg. Kauluan, Tuaran.

“Pihak keluarga Sandra memohon untuk semua mendoakan agar segala urusan peng3bumian dipermudahkan dan memohon maaf bagi pihaknya jika ada salah dan silap. Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah,” katanya.

Selepas k0ma dan kritik4l akibat kemal4ngan Sabtu lalu, penyanyi itu menghembuskan nafas terakhir, hari ini.

Berita sedih itu nyata memilukan ramai rakan selebriti lain termasuk rakan karibnya Neeta Manisha, Zizi Kirana, serta rakan seperjuangannya dalam program Big Stage 2020.

Penyanyi Hey! Kau itu dilaporkan terbabit dalam kemal4ngan di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) berhampiran Subang Jaya.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, Sandra dan sepupunya dalam perjalanan ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk latihan penuh konsert Big Stage.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : BHARIAN ONLINE / HMETRO ONLINE

 

Be the first to comment on "Penyanyi Big Stage Sandra Telah Meningg4l Dunia, Ini Kata2 Terakhir Sufie Rashid Kepada Sandra"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*