“Makan Hati Atau Bersemuka?” – Lisdawati

Pelakon Lisdawati berkongsi perihal mengenai kehidupan terutama ketika berhadapan dengan ujian.

Menurut Lisdawati, setiap manusia akan diuji setiap hari, cuma persoalannya, adakah yang menerima ujian itu mampu untuk berhadapan dengannya, malah lebih menyakitkan apabila ia melibatkan hati dan perasaan.

“Setiap hari kita akan diuji, adakah kita mampu untuk menghadapinya.

“Paling sakit ujian melibatkan hati dan perasaan, ramai orang ada masalah komunikasi dalam keluarga,” kongsinya di Instagram.

Dalam pada itu, Lisdawati juga turut mempersoalkan tentang langkah yang sepatutnya diambil untuk menyelesaikan sesebuah masalah yang dihadapi.

“Adakah perlu kita diam, makan hati atau bersemuka untuk leraikan kekusutan?

“Adakah satu kesalahan itu kita diam, tak perlu tegur untuk jaga hati atau kita tegur juga dengan cara terbaik supaya dia perbetulkan kesilapan?” tulisnya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Setiap hari kita akan diuji. Adakah kita mampu utk menghadapinya. 😓 Paling sakit ujian melibatkan hati dan perasaan. Ramai org ada masalah komunikasi dlm keluarga… Persoalannya… . Adakah perlu kita diam, makan hati atau bersemuka utk leraikan kekusutan? Apakah satu kesalahan itu kita diam, tak perlu tegur utk jaga hati atau kita tegur juga dgn cara terbaik supaya dia perbetulkan kesilapan? . #hatilukadankecewa #akutaksempurna #mencarijalanpulang

A post shared by Lisdawati (@lisdawati15) on

Meninjau ruangan komen di entri berkenaan, beberapa pengikut Lisdawati berharap pelakon kesayangan mereka itu mampu menyelesaikan masalah dengan baik jika dia sedang berhadapan ujian sebegitu.

Sekadar info, Lisdawati mendirikan rumah tangga bersama suaminya, pelakon Fauzi Nawawi pada 9 September 2007. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat cahaya mata.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Fauzi turut mempunyai empat lagi orang anak lain.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : GEMPAK

 

Be the first to comment on "“Makan Hati Atau Bersemuka?” – Lisdawati"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*