“Alhamdulillah Tahniah Menantuku! Mommy Bersyukur…,” – Khaty Fauziah Titip Ucapan Atas Kemenangan Bung Moktar Di Pilihan Raya Negeri

Pelakon yang juga ibu mentua kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin, Khaty Fauziah menzahirkan rasa syukur apabila menantunya itu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini.

Bintang senior itu turut menitipkan ucapan tahniah kepada ahli p0litik tersebut yang kini menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I merangkap menteri.

Titipan tersebut dikongsikan Khaty menerusi satu hantaran di Instagram.

“Alhamdulillah.. Tahniah MENANTUKU !! Mommy bersyukur Allah SWT mendengar doa2 mommy, semua ahli keluarga, sahabat2 handai, rakan2 taulan serta penyokong2 diatas kemenangan dan seterusnya perlantikan DS @bungmoktar sebagai Tim. Ketua Menteri menteri Sabah (1) merangkap Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan,” tulisnya.

Serentak dengan perkongsian tersebut, rakan artis serta pengikutnya di Instagram turut sama meninggaIkan komen serta memberi ucapan tahniah buat ahli p0litik berusia 62 tahun itu.

Sementara itu menerusi perkongsian terdahulu menerusi platform sama, Khaty turut memberikan dedikasi sama selain mendoakan kesejahteraan menantunya itu.

Sekadar mengimbas, Datuk Seri Bung Moktar mendirikan rumah tangga bersama anak Khaty iaitu pelakon Zizie Ezette pada Disember 2009.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan kembar lelaki iaitu Aadam Zac Ezette dan Aaleph Zeke Izette, serta anak perempuan, Aalisa Belle Izette.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : MH

 

Be the first to comment on "“Alhamdulillah Tahniah Menantuku! Mommy Bersyukur…,” – Khaty Fauziah Titip Ucapan Atas Kemenangan Bung Moktar Di Pilihan Raya Negeri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*