Dua Tahun Siti Saleha Tak Jumpa Ibu

Pelakon Siti Saleha mengatakan tidak sabar untuk bertemu ibu dan kakaknya yang tinggal di England sejurus pintu sempadan dibuka.

Kata Saleha, 30, sebelum pandem1k Covid-19 meIanda memang sudah menjadi rutinnya untuk menz1arahi keluarga di sana.

“Sebelum ini, sudah menjadi rutin untuk saya pulang ke United Kingdom (UK) setiap tahun.

“Namun, tahun lalu, saya mengubah rancangan dengan bercuti bersama adik-beradik perempuan di Croatia. 

“Ibu bising apabila mendapat tahu kami pergi bercuti tetapi tidak berjumpanya. Rasanya sudah dua tahun juga.

“Justeru sebaik kebenaran diberikan untuk melawat ke sana nanti, perkara pertama saya akan buat adalah pergi berjumpa ibu,” katanya.

Walaubagaimanapun, adik kepada vokalis kumpulan Bunkface iaitu Sam meluahkan rasa r1sau memandangkan k3s makin meningkat setiap hari.

“Secara mentaI memang timbul perasaan bimbang dan tertanya-tanya bilakah wab4k Covid-19 akan berakhir. Dengan keadaan sekarang yang tidak menentu.

“Mujurlah ada teknologi dan kami dapat berbual menerusi panggilan telefon dan sebagainya untuk mengubat kerinduan,” katanya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Gempak

 

Be the first to comment on "Dua Tahun Siti Saleha Tak Jumpa Ibu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*