Wanna Ali takvt dihimpit sebab nak ‘job’ daripada ibu – “Sesetengah orang dalam industri ini macam fake!”

MENJADI anak kepada pemilik Pencil Pictures & Record Sdn Bhd dan penerbit Datuk Normashayu Puteh atau Ayu Puteh tidak memberi kelebihan kepada pelakon Wanna Ali untuk berada dalam industri seni.

Ujar Wanna atau Nor Syazwana Mohd Ali, 23, dia mahu mengelak dikenali sebagai anak penerbit kerana menyedari ada segelintir pihak yang mahu mengambil kesempatan untuk mendapatkan ‘job’ daripadanya.

“Kalau pergi mana-mana, saya tak suka orang tahu yang ibu saya seorang penerbit. Sebab sesetengah orang dalam industri ini macam fake.

“Apabila dia tahu ibu kita seorang penerbit… nanti mula la cuba nak ambil kesempatan sebab nak job. Saya sedar ada pihak yang akan tiba-tiba baik dengan saya sebab tahu saya ini anak penerbit.

“Sebab itu saya tak mahu terlalu berkongsi mengenai keluarga kepada umum. Kalau ada yang tahu… tahu la,” kata Wanna.

Pelakon filem Ada Apa Dengan D0sa itu ditemui di karnival makan Havoc 3.0 yang diadakan di Stadium Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Dalam pada itu berkongsi mengenai kehidupan peribadi, Wanna yang juga seorang penyanyi mengakui dia sudah berpisah dengan bekas kekasih ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Wanna dan ibunya yang juga penerbit Ayu Puteh.

Bagaimanapun Wanna memberitahu dia kini tidak mahu memikirkan soal cinta kerana keutamaannya hanya kepada kerjaya seni.

“Saya pun baru saja putvs cinta masa dalam tempoh PKP. Punca berpisah itu bukan sebab orang ketiga tapi kami masing-masing berhak untuk dapatkan orang yang lebih baik.

“Jadi sekarang saya masih single dan ada juga berkawan cuma masih dalam proses mengenali satu sama lain. Sebenarnya saya tak naklah terlalu fokus soal bercinta.

“Nak beri tumpuan kepada kerjaya seni saya dan kalau jumpa seseorang yang ditakdirkan jodoh, nak terus kahwin saja. Tak nak bercinta,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mStar

 

Be the first to comment on "Wanna Ali takvt dihimpit sebab nak ‘job’ daripada ibu – “Sesetengah orang dalam industri ini macam fake!”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*