Kurang tawaran nyanyian tak jej4s kehidupan harian Shiha Zikir – “Syukur sebelum ini banyak buat simpanan”

BERSYUKUR kerana mendengar nasihat daripada seniwati Allahyarham Sharifah Aini, penyanyi Shiha Zikir mended4hkan kehidupannya tidak terjej4s dalam musim pandem1k C0vid-19 disebabkan ada simpanan.

Menurut Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir, biarpun tiada lagi tawaran menyanyi seperti sebelum ini namun kehidupan hariannya tidak terjejas.

“Alhamdulillah… walaupun dalam keadaan pandem1k ini, kehidupan saya tidak la terg4nggu sangat. Sebab saya suka menyimpan seperti mana yang dipesan arw4h Sharifah Aini.

Shiha menggantikan Siti Nurhaliza menerusi lagu 7 Nasihat yang mara ke AJL35.

“Arw4h berpesan, setiap kali dapat bayaran kena beringat untuk simpan dalam 50 peratus duit bayaran yang kita dapat. Mula-mula itu memang agak berat nak buat tapi sekarang baru nampak kebaikan itu.

“Waktu sekarang ini memang susah nak dapat tawaran menyanyi, kalau sebelum ini boleh kata setiap minggu ada tawaran show luar. Jadi, simpanan saya buat selama ini sangat membantu.

“Tambahan pula dengan pihak TV dan produksi yang banyak panggil saya untuk berlakon. Alhamdulillah, perjalanan seni saya masih berjalan dengan Iancar,” kata Shiha.

Penyanyi berusia 33 tahun ini juga bakal beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu yang ke-38 pada Februari tahun hadapan menerusi lagu 7 Nasihat menggantikan penyanyi asal iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Dalam pada itu, Shiha mengakui tiada tawaran nyanyian telah membuka peluang untuk dia aktif dalam bidang lakonan dan pengacaraan.

Melihat keadaan pandem1k C0vid-19 yang masih belum berakhir, pelakon telefilem Mat1lah Nak P0nt1anak ini mahu memberi tumpuan kepada bidang seni yang lain.

Shiha pegang watak sebagai p0nt1anak dalam telefilem Mat1lah Nak P0t1anak.

“Sekarang memang saya makin aktif dalam lakonan sebab sebelum ini saya dapat tawaran berlakon tapi tak dapat nak buat sebab jadual bertindih dengan show nyanyian. Sebenarnya saya suka menyanyi, berlakon dan mengacara.

“Tapi disebabkan pandemik, kurang tawaran nyanyian dan tak boleh nak ada aktiviti berkumpul ramai-ramai. Jadi, saya terima saya watak dan jalan cerita yang best. Macam mana pun, nyanyian tetap nombor satu.

“Cuma kedaaan sekarang, saya akan fokus kepada rezeki yang mana datang seperti berlakon dan mengacara. Saya banyak dapat tawaran watak komedi tapi teringin juga dapat watak antag0nis, mudah-mudahan ada rezeki,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

 

Be the first to comment on "Kurang tawaran nyanyian tak jej4s kehidupan harian Shiha Zikir – “Syukur sebelum ini banyak buat simpanan”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*