Belum cecah 3 tahun, si cilik tak kek0k langsung di dapur… dulu berdukung kini dah ada kerusi sendiri – “Mulakan dengan pis4u plastik”

 

LUMRAH anak kecil, mereka sememangnya gemar meneroka dan mencuba sesuatu perkara baharu.

Asalkan bermanfaat dan tidak merbah4ya, ibu bapalah seharusnya memainkan peranan dengan membimbing anak-anak mengembangkan ‘bakat’ mereka.

Sebagaimana posting seorang pelayar ini di Facebook, dia berkongsi mengenai minat anak kecilnya yang gemar memasak.

Baharu mencecah dua tahun setengah, namun si cilik ini tidak kekok ‘beraksi’ di dapur jika mahu dibandingkan dengan anak kecil sebaya usianya.

Ketika bercerita dengan mStar, Nurul Nazireen Khazali berkata anak sulungnya, Syazwi Nufail Syazwan sudah mula menunjukkan minat untuk memasak seawal usia dua tahun lantaran sering mengikutnya ke dapur.

Syazwi sudah mula menunjukkan minat mahu memasak seawal usia 2 tahun.

“Bila saya memasak, dia selalu suruh dukung sebab nak tengok apa yang kita buat… lama kelamaan dia suka nak ‘take part’ bersama ketika saya masak.

“Melihatkan minatnya itu, kami menyediakannya kerusi yang selamat untuk dia berdiri setiap kali mahu menjadi pembantu saya di dapur. Jadi dia lebih mudah untuk belajar dan tentunya dengan pengawasan saya,” ujar wanita berusia 29 tahun mengenai anak sulungnya yang berusia dua tahun tujuh bulan itu.

Bercerita lebih lanjut, Nurul Nazireen berkata anak lelakinya itu lebih berperanan sebagai pembantunya ketika di dapur.

“Mungkin ada yang silap faham di mana mereka ingat Syazwi masak dari A sampai Z. Sebenarnya Syazwi lebih kepada ‘kitchen helper’ saja. Dia akan buat ikut instruction saya, contohnya masukkan bahan-bahan, mengacau adunan dan sebagainya,” jelasnya.

Selain mendedahkan mengenai aspek keselamatan ketika berada di dapur, Nurul Nazireen akan turut bersama-sama Syazwi bagi memantau setiap aktivitinya.

Menurut Nurul Nazireen, selepas berkongsi aktiviti anaknya di media sosial, dia tidak lepas daripada menerima komen daripada segelintir netizen yang menyuarakan kebimbangan dari aspek keselamatan.

“Itulah perkara pertama yang perlu dititikberatkan ketika Syazwi berada di dapur. Pastikan anak-anak faham apa itu bahaya. Bila berada di dapur, kita terdedah dengan pelbagai jenis bahaya seperti terpercik minyak panas dan sebagainya.

 

Sebenarnya Syazwi lebih kepada ‘kitchen helper’ saja. Dia akan buat ikut instruction saya.

NURUL NAZIREEN KHAZALI

IBU

“Saya akan terangkan kepada Syazwi mengenai sebab dan akibat setiap sesuatu benda… sebab anak-anak usia ini mereka masih tak tahu makna bahaya. Jadi kena terangkan dengan jelas supaya mereka faham. Macam Syazwi, dia mudah faham apabila kita terangkan.

“Untuk peralatan tajam seperti pis4u, ibu bapa kena lebih tahu keupayaan anak-anak. Mulakan dengan pisau plastik terlebih dahulu. Jika anak sudah pandai mengawal baru bertukar ke pisau yang lebih ‘advance’. Syazwi menggunakan pisau dari Ikea.

“Dapur pula, kami tidak guna dapur gas tetapi induction cooker. Yang penting, pastikan persekitaran yang sesuai dan selamat,” kata ibu kepada seorang cahaya mata ini.

Nurul Nazireen dan suami sentiasa memberi galakan dan sokongan terhadap minat anak mereka.

Dalam pada itu tambah Nurul Nazireen, selain membantunya di dapur, anaknya itu juga gemar membantunya melakukan kerja rumah yang lain seperti menjemur dan melipat pakaian.

“Benda-benda yang Syazwi gemar lebih menjurus kepada perkara ‘practical life’.

“Kita tak perlu paksa, tapi kalau mereka tunjukkan minat, apa kata masa itu kita ambil peluang untuk bimbing mereka. Beri kebebasan mereka meneroka tapi mereka juga kena tahu hadnya dan pastikan di bawah pengawasan kita,” ujarnya lagi.

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment on "Belum cecah 3 tahun, si cilik tak kek0k langsung di dapur… dulu berdukung kini dah ada kerusi sendiri – “Mulakan dengan pis4u plastik”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*