“Tak Boleh Tayang Lagi,” – Gambar Masa Kahwin Tak Tutup Aur4t, Lisdawati Akui Rasa Ralat

Pelakon, Lisdawati mengakui dirinya berasa sedikit ralat kerana tidak lagi berpeluang untuk berkongsi foto-foto kenangan sewaktu berkahwin kerana pada ketika itu dia masih lagi belum berhijab.

Menurut Lisdawati, mereka yang berkahwin dalam keadaan yang menutup aurat sangatlah bertuah kerana mereka boleh mengenang kembali momen-momen tersebut pada bila-bila masa dan dengan sesiapa sahaja.

Dalam pada itu, pelakon filem, KL Menjerit ini turut menyeru kepada pasangan yang bakal berkahwin untuk menjadikan kisahnya itu sebagai pengajaran.

 “Bahagialah mereka yang bernikah dan sanding dalam keadaan menutup aurat. Jangan jadi mcm saya. Terkecewa sebab semua tu hanya MEMORI tak boleh tayang lagi.

“@fauzinawawi2020 kalau ada budget kita nikah sanding balik nak?,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh isteri kepada pelakon, Fauzi Nawawi itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Lisdawati (@lisdawati15)

Sementara itu, Lisdawati turut dilihat sempat berseloroh mengajak suaminya itu untuk sekali lagi mengadakan majlis persandingan seandainya diberikan kesempatan.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa yang sama selain turut mendoakan semoga rumah tangga yang dibina oleh Lisdawati dan Fauzi akan kekal bahagia sampai bila-bila.

Sekadar informasi, Lisdawati mendirikan rumah tangga bersama Fauzi Nawawi pada tanggal 9 September 2007 dan telah pun dikurniakan empat orang cahaya mata.

Sumber: Instagram Lisdawati

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : MH

 

Be the first to comment on "“Tak Boleh Tayang Lagi,” – Gambar Masa Kahwin Tak Tutup Aur4t, Lisdawati Akui Rasa Ralat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*