Peminat terkejut lihat perubahan Kamal Adli, makin susut

 

‘KEHILANGAN’ pelakon Kamal Adli daripada radar media sosial sejak kebelakangan ini terjawab apabila aktor itu mendedahkan dia menjalani tempoh kuarantin selepas disahkan positif Covid-19.

Malah Kamal turut berkongsi foto terbaharunya di Instagram bagi mengubat kerinduan peminat.

 

“Saya dah kembali, lama hilang sebabkan hari tu positif Covid-19. Lepas tu kuarantin dan sekarang Alhamdulillah dah negatif, syukur.

“Sekarang saya dah masuk set drama baru, DUIT, best cerita ni fasal scammer,” katanya.

Peminat mendoakan kekasih Uqasha ini kekal sihat dan bertenaga.

Kali terakhir Kamal memuat naik fotonya di Instagram adalah pada 4 Januari lalu.

Rata-rata peminat mendoakan kesihatan kekasih kepada pelakon Uqasha Senrose itu selain ada yang menegur bentuk badan aktor itu semakin susut berbanding sebelum ini.

 

Saya dah kembali, lama hilang sebab hari tu positif Covid-19, lepas tu kuarantin dan sekarang Alhamdulillah dah negatif, syukur.

KAMAL ADLI

PELAKON

 

“Kenapa nampak pucat dan kecut.

“Laa Covid ke, moga sihat sepenuhnya dan kembali ceria.

Kali terakhir Kamal memuat naik foto adalah pada 4 Januari lalu.

“Alhamdulillah, patutlah sepi… apa pun jaga diri ya. Semoga sentiasa dijauhi daripada perkara yang tidak diinginkan,” tulis netizen.

Pelakon Fizo Omar dan Roy Azman turut menitipkan ucapan buat Kamal dan mengharapkan aktor itu kekal sihat dan bertenaga seperti biasa.

Sebelum ini, beberapa selebriti tempatan turut pernah dijangkiti virus Covid-19 antaranya Alif Satar, Emma Maembong, Shima Anuar, Puteri Aishah, Ashraf Muslim, Aprena Manrose dan PU Riz.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

 

Be the first to comment on "Peminat terkejut lihat perubahan Kamal Adli, makin susut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*