Ditegur Ustazah Asma, Sekali Ini Respon Admin ‘Riak Apa Hari Ini’

Belum pun sampai sebulan ditubuhkan, Kelab Riak Apa Hari Ini sudah mendapat lebih 100 ribu ahli di Facebook. Kelab yang ditubuhkan sejak 2 Februari 2021 lalu mula menjadi hiburan terbaru netizen sehingga masing-masing berlumba-lumba untuk ‘r.iak’ di posting mahupun di ruangan komen.

Terbaru, pendakwah bebas, Ustazah Asma Harun menasihati agar admin kela tersebut menukarkan nama kelab tersebut atau dipadam terus bagi mengelakkan dosa walaupun sekadar gu.rauan.

Perbualan bebas gurau senda lelaki perempuan, dedah aurat sebab nak tunjuk putih melepak dan emas sampai lengan, tunjuk harta dengan caption r.iyak tapi kata gurau share pakaian dalam dan lain-lain sangat aib. Jangan indahkan perkataan k.eji ‘riyak’ atas nama gurauan.

Mendapat lebih 9K perkongsian, rata-rata bersetuju dengan pandangan ustazah Asma mengenai d.osa yang sedang dihalalkan. Tak kurang juga yang berpendapat seolah olah kelab itu sengaja mempers.ndakan agama apabila segelintir netizen ada membuat gurauan tasbih dari emas.

Betul ustazah, sangat tak setuju menunjuk-nunjuk dengan riak. Paling terkilan siap permainkan zikir-zikir dengan tasbih kononnya. Allahuakbar dalam hati ini berkata-kata melampau sangat tiada yang menegur ke? Kebanyakan mereka hanya ketawa sakan, sedihnya..

Nasihat ustazah Asma turut mendapat perhatian admin kelab terbabit yang peka akan isu ini. Namun selepas berbincang, mereka tidak akan menukarkan nama kelab tersebut kerana merasakan itu hak individu.

Asalnya group ni hanya untuk membahan ahli jemaah kita yang masing-masing r.iak di dunia tipu-tipu. Kami para admin terima seadanya nasihat. Kita manusia masih bertuhankan Allah. Kita masih mengucap dua kalimah syahadah.

Menurut salah seorang admin kelab tersebut, kelab ini bertujuan hanya sebagai hiburan di musim pandemik dan tiada niat memperlekehkan golongan tidak mampu. Mereka juga mengaku bukan dari golongan bangsawan mahupun hartawan. Mereka hanya berniat sekadar tempat melepaskan tekanan di musim pandemik ini.

Pada yang rasa gurauan sahabat kami ini melampau-lampau. Anda boleh left sendiri sebab kalau semua stay dan mencari salah group lain. Anda fikir sendirilah.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Riak Apa Hari Ni, Ustazah Asma via ohbulan

 

Be the first to comment on "Ditegur Ustazah Asma, Sekali Ini Respon Admin ‘Riak Apa Hari Ini’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*