Mahkamah keluar war4n tangk4p terhadap Sajat, ini sebabnya

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Selasa mengeluarkan w4ran tangk4p terhadap usahawan kosmetik, Nur Sajat kerana gagal hadir pada prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu.

War4n tangk4p itu dikeluarkan oleh Hakim Syarie, Mohammad Khalid Shaee @ Shaii terhadap Nur Sajat atau nama sebenar Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman.

Menurut sumber, prosiding hari ini dijadualkan jam 9 pagi untuk sebutan semula k3es, namun kelibat usahawan kontroversi itu tidak kelihatan sehingga tamat prosiding.

Dalam pada itu, peguam, Zuri Zabuddin Budiman ketika ditemui di luar mahkamah berkata, Nur Sajat tidak hadir di mahkamah pada Selasa, namun beliau diwajibkan untuk menghadiri prosiding pada tarikh baharu itu kelak.

Disebabkan itu katanya, prosiding kes ditangguh ke 1 Jun depan untuk sebutan semula kes.

“Saya tunggu juga Nur Sajat, tetapi dia tak datang.

“Pihak kami mungkin akan hantar mitigasi, tetapi belum dibincangkan lagi,” katanya.

Selain Zuri Zabuddin, Nur Sajat turut diwakili peguam syarie, Ahmad Nazib, Azlina Che Hasan dan Amirah Zainal.

Kes itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Syarie, Atras Mohd Zain.

Pada 6 Januari lalu, Nur Sajat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini atas tuduhan sebagai seorang lelaki berpakaian menyerupai wanita pada 2018 lalu.

Sebelum itu satu rakaman video tular di laman sosial, memaparkan Nur Sajat menangis dalam keadaan berg4ri.

Beliau menerusi Instagram miliknya mendakwa, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) seakan melengah-lengahkan urusan surat jaminan dan turut menyebabkan kecede3raan kepadanya ketika proses si1asatan dijalankan di Ibu Pejabat JAIS di sini.

Muhammad Sajjad, 36, turut mendakwa, dilayan dengan burvk dan dig4ri sehingga mengalami bengk4k di bahagian badan kerana bergelut untuk mempertahankan diri walaupun sudah tampil memberikan kerjasama untuk si1asatan pihak JAIS.

Sumber : https://www.sinarharian.com.my/article/125257/BERITA/Semasa/Mahkamah-keluarkan-waran-tangkap-terhadap-Sajat?utm_source=izooto&utm_medium=push_notifications&utm_campaign=Mahkamah keluarkan waran tangkap terhadap Sajat

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : 

 

Be the first to comment on "Mahkamah keluar war4n tangk4p terhadap Sajat, ini sebabnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*