Niat Nak Tolong Pos Laju, Tapi Sekarang Baru Tahu Kenapa Kurang Sambutan – Syahmi Sazli

Sejak akhir2 ini, servis kurier dilihat bermasalah berdasarkan pengalaman yang dikongsikan di pelbagai platform dan banyak pelanggan setia juga turut merasai perubahan ini.

Pos Laju juga tidak terlepas menerima aduan daripada pelanggan yang tidak puas hatu kerana barang yang dihantar tidak dihantar dalam keadaan baik dan malahan ada barang yang tidak sampai dah tertukar dengan barang lain.. Tidak dapat dipastikan ianya salah kurier pos laju atau pengirim.

Pengalaman tersebut dikongsi oleh seorang Pengarah Muda yang mencipta nama daripada sebuah filem sulung terbitannya dan juga sepenuhnya arahannya iaitu Saudara Syahmi Sazli, Beliau memuatnaik satu status tentang ketidakpuasan hatinya terhadap perkhidmatan Pos Laju apabila barang yang telah dihantar kepadanya telah ditukar.

Barang yang telah dibeli dan dihantar kepada beliau adalah perfume kereta tetapi yang sampai kepadanya adalah Serum, beliau meluahkan kekecewaanya kerana niat beliau untukmembantu Syarikat Kurier tersebut tetapi ianya telah menimbulkan masalah kepada dirinya.

Diharapkan Syarikat Pos Laju lebih menitik beratkan tentang perkhidmatan yang diberikan kerana Pada waktu PKP, semestinya ramai yang akan memilih untuk membeli secara online.

Syarikat seharusnya lebih bersedia dengan perkara ini dan seterusnya dapat mewujudkan lebih peluang pekerjaan kepada lebih ramai org di luar sana supaya masalah sebegini tidak terjadi lagi. Kita berharap supaya pihak Syazmi Sazali dan Pos laju akan menemui jalan penyelesaian untuk masalah ini.

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Ig Syahmi Sazli

 

Be the first to comment on "Niat Nak Tolong Pos Laju, Tapi Sekarang Baru Tahu Kenapa Kurang Sambutan – Syahmi Sazli"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*