“Buat Apa Nak Sembunyi, Bukan Kita Bunuh Orang”

 

Semalam hangat diperkatakan apabila Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengerahkan anggotanya memburu usahawan kosmetik, Sajat selepas mendapat waran tangkap daripada Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Ia susulan kegagalan Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman menghadiri prosiding kes berpakaian wanita Selasa lalu. Menjengah ke Instagram milik Sajat, dia dilihat masih lagi aktif mempromosikan produk peniagaannya iaitu bengkung dan emas.

Dalam pada itu, di ruangan komen Instagram Sajat, rata-rata netizen meninggalkan komen mengenai kontroversi tersebut, malah ada juga yang bertanyakan dimana usahawan itu bersembunyi.

Tidak melatah dengan pertanyaan netizen itu, Sajat tenang membalas dengan mengatakan dia tidak perlu bersembunyi kerana dia bukannya melakukan kesalahan berat seperti jenayah bunuh.

Pada 6 Januari lalu, Sajat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berpakaian seperti wanita. Sajat didakwa melakukan perbuatan itu dalam majlis bacaan Yasin dan solat hajat, 23 Februari 2018 di premis kecantikannya, Nursajat Beauticion, Seksyen 16, Shah Alam.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : rotikaya

 

 

Be the first to comment on "“Buat Apa Nak Sembunyi, Bukan Kita Bunuh Orang”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*