‘Adik Sayang, Abang Sayang’ aktif sejak tiga bulan lalu

 

Kota Bharu: Foto wanita akan dimasukkan dan dipaparkan dalam aplikasi ‘MiChat’ oleh pengendali untuk pilihan sebelum ditempah pelanggan.

Bayaran untuk tempahan wanita ini pula dikenakan antara RM250 hingga RM300 bergantung atas beberapa kriteria termasuk usia dan kecantikan.

Itu modus operandi yang digunakan aplikasi yang beroperasi di bawah nama kumpulan ‘Adik Sayang, Abang Sayang’ yang dipercayai aktif di negeri ini sejak tiga bulan lalu dengan menjadikan sebuah rumah di Kubang Kerian sebagai ‘port’ persundalan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, pihaknya percaya masih ramai lagi wanita yang terbabit dalam kegiatan tidak bermoral dan ada dalam kalangan mereka berstatus ibu tunggal.

“Kesemua mereka adalah rakyat tempatan dan menerima bayaran antara RM250 hingga RM300,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam serbuan petang kelmarin, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah, Cawangan D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) membuat serbuan di rumah banglo dan menahan lima wanita yang dipercayai pelacur.

Dalam serbuan 3.45 petang sempena Op Noda itu, semua wanita yang berusia sekitar 20-an hingga 60 tahun itu sedang berada dalam bilik bersama pasangan masing-masing.

Selain itu, seramai sembilan lelaki termasuk seorang warga Myanmar ditahan berada dalam rumah yang disewa kononnya sebagai tempat sewaan kereta namun dijadikan sarang pelacuran.

Mengulas lanjut, Shafien berkata, siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengenalpasti dalang di sebalik sindiket itu.

“Kami akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengesan individu lain yang terbabit termasuk melakukan serbuan seterusnya,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Hmetro

 

Be the first to comment on "‘Adik Sayang, Abang Sayang’ aktif sejak tiga bulan lalu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*