Seram! Kanak-kanak perempuan sedang tidur ditarik ‘sesuatu’ di bawah katil

 

SEORANG bapa terkejut apabila melihat sendiri rakaman kamera pengawasan bayi (monitor) yang diletakkan di dalam bilik anak perempuannya.

Menerusi rakaman yang diambil pada lewat malam 21 Februari lalu, ia memaparkan anak kecilnya sedang tidur di bahagian hadapan katil.

Namun secara tiba-tiba, kanak-kanak berkenaan bergerak dan kelihatan merangkak menuruni katil.

Dia terus merangkak seolah-olah ‘ditarik’ sesuatu sehingga memasuki bawah katil sebelum kedengaran suaranya menjerit memanggil ‘mummy’ beberapa kali.

Bapa tersebut, Josh, memuat naik video berkenaan di akaun TikTok @joshdean0222 pada Isnin dan sehingga kini ia sudah mencatatkan melebihi sembilan juta tontonan.

“Anak perempuan saya ditarik memasuki bawah katil… isteri fikir dia merangkak tapi anak kami ditarik oleh ‘sesuatu’,” tulisnya pada kapsyen perkongsian berkenaan.

Dalam satu klip rakaman lain, kelihatan ibu kanak-kanak itu mengalihkan katil dalam usaha untuk mengeluarkannya.

Gadis itu dalam keadaan menangis dan menurut Josh, satu ‘bebola’ dilihat terbang di sebelah kanan pada akhir rakaman. – Dailystar

@joshdean0222

#fyp#paranormal#needanswers#wtf

♬ original sound – Josh Dean

@joshdean0222

#fyp#paranormal#wtf#ghost

♬ original sound – Josh Dean

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

 

Be the first to comment on "Seram! Kanak-kanak perempuan sedang tidur ditarik ‘sesuatu’ di bawah katil"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*