“Iya Betul” – Sari Yanti Akui Sedang Hamil Anak Kelima

 

 

Pelakon Sari Yanti menerusi laman Insta-story mengesahkan bahawa dirinya kini sedang hamil selepas diajukan soalan oleh salah seorang pengikutnya.

Hamil Anak Kelima 

Dalam ruangan Ask Me A Question itu, Sari atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari,37 berkata ini adalah kehamilan yang ketujuh selepas mengalami keguguran sebanyak dua kali sebelum ini. Akui Sari, dia mendapat pertanyaan yang sama terlalu banyak sebelum membuat keputusan mendedahkannya.

“Lebih dari 50% soalan ini. Ya betul kaka (Kak) Sari mengandung. Alhamdulillah,” jawab Sari.

Kehamilan Yang Ketujuh

Menurut Sari, jika diikutkan ini adalah anak kelimanya bersama suami yang juga pelakon, pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu.

“Ini kehamilan yang ketujuh sebenarnya,” jawabnya lagi

Dalam pada itu, Sari turut berkongsi beberapa perihal lain mengenai tips kesuburan dan penjagaan anak yang diamalkan olehnya sepanjang bergelar ibu kepada empat cahaya mata sebelum ini.

Sekadar info, Sari telah berkahwin dengan Jep pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Dariya Inara dan Muhammad Khidir. Menerusi perkahwinan Sari terdahulu bersama bekas suami, dia turut mempunyai dua orang cahaya mata lelaki, Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : murai.my

 

 

Be the first to comment on "“Iya Betul” – Sari Yanti Akui Sedang Hamil Anak Kelima"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*