Dewi Perssik tawar habuan wang tunai RM23,400 – “Cuba buktikan jika saya per4mpas”

PENYANYI dangdut dari Indonesia, Dewi Perssik meluahkan rasa berang apabila dituduh sebagai perampas suami orang, baru-baru ini.

Kesal dengan fitn4h itu, Dewi berkata komen burvk yang ditulis netizen di media sosial itu memalukan dan menjatuhkan maruahnya sebagai seorang wanita.

Justeru itu, penyanyi lagu Indah Pada Waktunya ini berkata dia mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang dan menawarkan wang tunai 100 juta Rupiah (RM23,400) untuk mereka yang berjaya membuktikan mengenai perkara itu.

“Ini akaun-akaun yang kata saya pelakor (per4mpas) kelas atasan… awas ya kalau kalian tak dapat buktikan.

“Suami siapa yang saya sedang bercinta itu? Cuba buktikan dahulu. Saya beri 100 juta Rupiah jika saya peramp4s!” katanya menerusi laman Instagram pada Ahad.

Dewi tunjuk sembilan akaun Instagram individu yang menuduhnya per4mpas dan membalas komen yang ditulis pengikut.

Sebelum itu, Dewi berkongsi paparan skrin sembilan akaun Instagram individu yang menvduhnya melakukan perbuatan tidak bermoral tersebut.

Perkongsian Dewi itu mengundang pelbagai reaksi daripada pengikut di laman tersebut.

Rata-rata peminat memberikan kata-kata semangat dan meminta netizen berfikir sebelum menulis sebarang komen yang boleh mendorong fitn4h.

SUMBER: Liputan6

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment on "Dewi Perssik tawar habuan wang tunai RM23,400 – “Cuba buktikan jika saya per4mpas”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*