Mahal Rupanya! Intip Harga Seterika Pemberian Neelofa Kepada Noor Nabila

 

 

Sebelum ini, usahawan yang juga selebriti, Noor Nabila pernah memaklumkan bahawa dia akan berpindah ke kediaman yang baharu.

Untuk Rumah Baru 

Pengumuman itu dibuat Nabila bersama sahabat karibnya, Rosix menerusi saluran YouTube mereka, Bella & Rosix beberapa ketika dahulu. Malah kedua-dua mereka pernah berkongsi sebuah video khas untuk meninjau perabot-perabot yang sesuai diletakkan dalam rumah Nabila.

Terbaru, menerusi hantaran di Insta-Story, Nabila berterima kasih kepada adiknya yang juga selebriti popular, Neelofa kerana telah menghadiahkannya sebuah set seterika berjenama Laurastar. Menurut Nabila, hadiah itu diberi oleh Neelofa bersempena dengan rumah barunya.

Berharga Hampir RM13 Ribu! 

Menerusi carian Murai.my, seterika tersebut dianggarkan berjumlah RM12,900 dan merupakan antara model dan keluaran terkini bagi jenama itu.

Difahamkan seterika model Smart U ini dilengkapi pelbagai teknologi canggih termasuklah mengutamakan faktor keselamatan memandangkan Nabila mempunyai anak  yang masih kecil,Jebat Jayden,3 tahun.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : murai

 

Be the first to comment on "Mahal Rupanya! Intip Harga Seterika Pemberian Neelofa Kepada Noor Nabila"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*