[Video] “Cuaca panas sangat sampai b*bi pun masuk dalam rumah tumpang kipas”

Tidak dinafikan bahawa cuaca di Malaysia kini semakin panas sejak beberapa bulan yang lalu. Ramai yang jatuh sakit gara-gara tidak dapat menyesuaikan diri dengan cuaca tersebut.

Perkara ini dapat dibuktikan apabila Jabatan Meteorologi Malaysia telah meramalkan situasi itu berlaku sehingga pertengahan Mac 2021.

 

Walau bagaimanapun, keadaan itu tidak hanya memberi kesan kepada manusia bahkan turut kepada haiwan. Situasi ini dapat ditonjolkan menerusi sebuah rakaman yang dimuat naik oleh satu akaun di laman Twitter iaitu milik @Thehulkey apabila ia memaparkan seekor b*bi yang telah memasuki ke sebuah rumah.

Namun, perkara yang lebih menjadi tumpuan apabila b*bi tersebut dilihat terbaring di dalam rumah berkenaan gara-gara kepanasan. Lebih melucukan apabila ia terbaring berdekatan dengan kipas angin. Ternyata, cuaca yang panas telah membuatkan ramai yang terkesan dengan cuaca itu.

Keadaan tersebut sedikit sebanyak telah membuatkan individu yang merakam kejadian itu terkejut di samping turut rasa terhibur dengan peristiwa berkenaan. Video yang berdurasi selama beberapa saat itu telah mendapat tontonan ramai sehingga memperoleh 87.2 ribu views di laman akaun tersebut.

“Malaysia panas do…”

“Alamak nak kena sertu…”

 

“b*bi pun panas…”

“Nak gelak, kesian…”

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: HCL

 

Be the first to comment on "[Video] “Cuaca panas sangat sampai b*bi pun masuk dalam rumah tumpang kipas”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*