COVID-19: Jemaah haji perlu divaksin

RIYADH: Kerajaan Arab Saudi mewajibkan bakal jemaah haji pada tahun ini perlu mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

Menteri Kesihatannya, Dr Tawfiq al-Rabiah, berkata vaksin COVID-19 adalah wajib dan ia sebahagian daripada syarat utama untuk semua jemaah haji yang akan menunaikan ibadah itu Julai nanti.

Rabiah bagaimanapun tidak mengesahkan sama ada jemaah dari luar Arab Saudi dibenarkan untuk menunaikan haji, namun berkata suntikan vaksin adalah syarat utama.

Haji adalah satu daripada lima Rukun Islam dan umat Islam yang berkemampuan dari segi fizikal dan kewangan dituntut menunaikannya sekali seumur hidup.

Sekurang-kurangnya 2.5 juta umat Islam di seluruh dunia menunaikan ibadah haji setiap tahun.

Pada 2020, kerajaan Arab Saudi mengurangkan jumlah jemaah haji kepada seramai 1,000 orang bagi mengelak penularan jangkitan COVID-19.

Arab Saudi juga memulakan program vaksinasi COVID-19 pada 17 Disember lalu membabitkan vaksin keluaran Moderna, Pfizer dan AstraZeneca. – Agensi

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber  : BHonline

Be the first to comment on "COVID-19: Jemaah haji perlu divaksin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*