Lelaki Nek4d Buat ‘Plastic Srgery’ Lepas Wajahnya Selalu Diejek & Diketawakan Waktu Pergi Temuduga Kerja

Kerana wajahnya sering diejek, ditertawakan dan dikatakan menjadi penyebab sukar diterima bekerja, seorang lelaki berusia 26 tahun dari Vietnam nekad untuk ‘mengubah’ rupa parasnya.

Perubahan itu dikongsikan sendiri oleh tuan empunya badan, Đỗ Quyền melalui TikTok dan telah mendapat perhatian ramai pengguna platform media sosial tersebut. Melalui video dimuat naik itu, Đỗ Quyền menunjukkan gambar yang dikatakan wajah asalnya sebelum menjalani prosedur pembedahan plastik.

Memang ramai netizen terkejut melihat wajah sebelum dan selepas prosedur dan kalau dilihat melalui perkongsian Đỗ Quyền itu, sangat ketara perubahan rupa parasnya itu yang kini nampak ala ‘oppa’.

Menurut Đỗ Quyền sebelum ini dia pernah menghadiri sesi temuduga kerja namun mendakwa wajahnya ditertawakan. Disebabkan itu, dia yang kini bekerja sebagai jurusolek di Saigon terus nekad untuk membuat pembedahan plastik.

Ketika ditanya pengikut di TikTok, Đỗ Quyền menjawab dia telah menghabiskan kira-kira 400juta Dong (RM70,326.50) untuk sembilan prosedur termasuk rhinoplasty, chin implant, lip reshaping, lip implant, poercelain veneers dan pembedahan double eyelid.

Kata Đỗ Quyền lagi, dia bukanlah datang dari keluarga yang kaya raya jadi untuk merealisasikan rancangan pembedahan tersebut, dia menggunakan duit simpanannya sendiri.

Kali pertama saya pulang ke rumah selepas menjalani pembedahan plastik itu, kedua ibu bapa saya tidak mengecam wajah anak mereka ini. Saya memang dapat agak situasi itu akan berlaku namun ketika itu saya menangis tidak dapat menahan sebak.”

@quyen_do8

Trả lời @halfelf2309 #howichange lúc trc Ngoại xấu thg bị chê bai thay đổi đê mình hoan hảo hơn ạ #Thaydoi #daythithanhcongkhongnhi

♬ feeling – Official Sound Studio

@quyen_do8

#howichange cám ơn ai đó bỏ rơi tôi cho tôi tìm lại đc chính mình #lotxac #lotxacthanhcong #thaydoihinhdang #thaydoinhansac

♬ nhạc nền – Vy béo ú❤️❤️❤️❤️❤️

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Lobakmerah

 

Be the first to comment on "Lelaki Nek4d Buat ‘Plastic Srgery’ Lepas Wajahnya Selalu Diejek & Diketawakan Waktu Pergi Temuduga Kerja"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*