Gerai Minuman Diserang, Shuk Disindir Tiada Kerja

 

Pelawak dan pengacara kontroversi, Shuk Sahar akui terkejut selepas diserang oleh seorang lelaki yang tidak dikenali ketika sedang berniaga air di tepi jalan di Wangsa Maju.

Memetik Utusan Online, Shuk berkata ketika kejadian dia bersama pembantu peribadinya Iskandar Nurzaman, didatangi seorang lelaki menaiki Myvi putih yang disangkakan mahu membeli minuman.

 

Shuk juga mendakwa dia turut disindir oleh pemuda itu mencari rezeki dengan cara tersebut selepas kehilangan kerja

“Dia memberhentikan kenderaanya di depan gerai, tetapi dari awal lagi saya sudah rasa pelik, dia pegang telefon seolah-olah sedang merekod video. Saya dan Iskandar tanya dia mahu beli minuman yang mana sebelum tiba-tiba disindir oleh lelaki itu.

“Berang dengan tindakannya, Iskandar cuba mempertahankan saya sebelum lelaki tersebut bertindak agresif dan cuba memukulnya.

“Saya cuba halang dan mungkin kerana tidak puas hati, dia kemudiannya menolak barangan jualan di meja sebelum pergi begitu sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Shuk tertanya-tanya apakah motif sebenar lelaki tersebut dan tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis.

“Saya sempat tengok nombor plat keretanya tetapi tak akanlah saya nak sebarkan pula. Buat masa sekarang, saya tengok dulu macam mana, kalau perlu buat laporan polis, mungkin saya akan pergi ke balai.

“Saya cuma nak tahu kenapa dia tergamak buat begitu dan apa niatnya sebab seolah-olah dia memang mahu cari pasal sejak dari awal,” katanya

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : rotikaya

 

Be the first to comment on "Gerai Minuman Diserang, Shuk Disindir Tiada Kerja"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*