‘Saya lihat wajah adik seperti tidur’

 

Kuala Lumpur: “Kira-kira jam 9 malam, seseorang yang memperkenalkan sebagai pegawai polis menghubungi saya gunakan telefon adik menyatakan adik sudah meninggal dunia,” kata Maslinawati Abdullah.

Adik bongsunya, Nor Hayati Abdullah, 42, adalah seorang daripada dua mangsa maut dalam kejadian jambatan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang dalam pembinaan runtuh menimpa van pekerja dinaiki lima orang termasuk pemandu ketika melalui Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) pada 5.58 petang semalam.

Maslinawati, 43, berkata, dia balik dari tempat kerja pada 6.30 petang dan mendapat panggilan daripada penyelia adiknya itu pada 7 malam.

“Penyelia adik (panggilan manja Nor Hayati dalam keluarga) menyatakan ada berlaku kemalangan ketika adik dan rakannya dalam perjalanan ke tempat kerja di kilang elektronik di Subang Mewah.

“Dia maklumkan belum tahu lagi situasi sebenar bagaimana.

“Dari semasa ke semasa saya berhubung dengannya selain saya lihat secara langsung di televisyen,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Canselor Tunku Mukhriz (HCTM) selepas membuat pengecaman jenazah adiknya, malam tadi.

MASLINAWATI menunjukkan gambar kenangan bersama arwah Nor Hayati (kiri) ketika ditemui di hospital, tengah malam ini. FOTO AMIR ABD HAMID.
MASLINAWATI menunjukkan gambar kenangan bersama arwah Nor Hayati (kiri) ketika ditemui di hospital, tengah malam ini. FOTO AMIR ABD HAMID.

Dia yang ditemani suaminya, Faizal Yusof, 47, menjelaskan pegawai polis yang menghubunginya meminta ke hospital untuk melakukan pengecaman jenazah.

“Kali terakhir kami berjumpa Ahad lalu di kampung. Terasa sangat kehilangan ini…seperti tak percaya berita ini.

“Saya lihat tadi keadaannya seperti tidur…Insya-Allah, kita sama-sama doakan untuknya,” katanya.

Beliau berkata, tragedi itu sangat menyedihkan terutama baru dua tahun lalu kematian kakak yang ketiga akibat barah payudara.

Menurutnya, selepas bedah siasat pada 8 pagi hari ini, jenazah adiknya akan dibawa ke Kampung Jerang Belanga, Sungai Besar untuk dikebumikan.

Katanya, setakat tengah malam tadi, ibunya, Hasmah Sohor, 77, yang kurang sihat masih belum mengetahui cerita sebenar dan berita kematian adiknya.

Berita berkaitan

‘Dua wanita maut, tiga selamat tragedi runtuhan jejambat’

‘Dua mangsa runtuhan stabil, seorang mangsa angkat tangan’

‘Mangsa pertama dibawa keluar daripada runtuhan jejambat’

‘Lori terlanggar jejambat bukan milik SUKE’

‘Jejambat runtuh dilanggar lori bawa jengkaut’

‘Lima terperangkap dalam van kilang dihempap runtuhan’

‘Van kilang dihempap jejambat lebuh raya runtuh’

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HMetro

 

Be the first to comment on "‘Saya lihat wajah adik seperti tidur’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*