Cikgu Lelaki Gelabah Anak Murid Minta Betulkan Tudung Senget

Gelagat murid-murid kembali ke sekolah baru-baru ini banyak dikongsikan di media sosial. Selepas sekian lamanya berada di rumah, kali ini sesi persekolahan kembali dibuka mengikut peringkat. Antara yang menarik perhatian sudah tentunya murid-murid di tahun satu yang pertama kali memasuki sekolah rendah.

Di dalam perkongsian satu video di Tik Tok ini, seorang cikgu lelaki berkongsikan pengalamannya mengajar murid-murid di tahun satu. Apa yang menghiburkan hati, seorang murid perempuan telah memintanya membetulkan tudungnya yang senget.

@suryadivic

Bila murid perempuan tahun 1 minta betulkan tudung 😭 #cikgukalut #cikgugelabah #tiktokcikgu

♬ original sound – imputeraa

Di dalam video itu, murid perempuan itu telah datang ke hadapan kelas dan mengadu tentang tudungnya yang senget. Lumrah sebagai pelajar di tahun satu, pastinya memerlukan perhatian yang lebih kerana mereka masih lagi muda dan naif. Cikgu lelaki tersebut kemudian gigih membetulkan tudung muridnya itu walaupun kelihatan kekok.

Cikgu lelaki tersebut dilihat begitu bersungguh-sungguh membetulkan tudung murid perempuan itu sambil memastikan awning tudung kekal ‘on point’. Rata-rata netizen turut memuji usaha cikgu tersebut yang berusaha membantu anak muridnya walaupun tidak berapa tahu mengenai tudung. Lagi-lagi kerana cikgu lelaki tersebut masih lagi muda dan belum mempunyai anak sendiri.

“Di kasi on point lagi awning tudung.”

cikgu lelaki

“Hahahaha bila namanya perempuan, tudung kena on point.”

cikgu

“Cikgu lelaki be like: Gigih ler aku nak betulkan tudung dia ni.”

tik tok

Walaupun tudung tersebut tidak kelihatan sempurna dan ada menggelembung di kedua-dua bahagian, murid perempuan tersebut kelihatan berpuas hati dengan bantuan cikgunya dan berlalu pergi. Usaha cikgu lelaki tersebut yang cuba membantu turut diberikan pujian daripada netizen.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Teh Tarik Kaw

Sumber: HCL

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : 

 

Be the first to comment on "Cikgu Lelaki Gelabah Anak Murid Minta Betulkan Tudung Senget"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*