Jejambat runtuh: Pemandu treler positif dadah

 

Kuala Lumpur: Pemandu treler yang melanggar jejambat dalam pembinaan di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Desa Tun Razak, semalam, didapati positif dadah.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata, suspek berusia 40 tahun didapati positif methamphetamine selepas ujian saringan air kencing di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Daerah Dang Wangi.

Menurutnya, pada kejadian itu, pemandu van kilang, Muhd Fairus Mohd Yusof, 47, mengalami patah tulang bahu sebelah kiri, bengkak pada paru-paru dan berlaku pendarahan dalaman.

“Dua lagi penumpang van Zaitun Zainal, 54, cedera kaki sebelah kiri, manakala Zakiyyah Yakop, 51, cedera betis kiri.

“Mangsa yang meninggal dunia adalah Nurina Edwin Abdullah, 47, dan Norhayati Abdullah,42,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zulkefly berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila treler itu yang melalui Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Sebaik tiba di lokasi, ia melanggar kerangka besi pada pembinaan di jejantas pejalan kaki dan menyebabkan rusuk keluli bersama dengan perancah besi terjatuh di dua-dua laluan MRR2.

Ia kemudian menghempap van kilang yang bergerak dari laluan Ampang menghala ke Terminal Bandar Tasik Selatan (TBS).

“Semasa kejadian, van itu dalam perjalanan ke tempat kerja di kilang Sensata Technologies, USJ 1.

“Pemandu treler itu ditahan dan akan direman mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan dua wanita pekerja kilang maut selepas jejambat dalam pembinaan di SUKE runtuh dan menimpa van pekerja dinaiki mereka, ketika melalui MRR2, pada 5.58 petang.

Dua lagi rakan mereka bersama seorang lelaki yang juga pemandu van itu dilaporkan terselamat dan mengalami kecederaan.

KEADAAN di lokasi kejadian. FOTO Ihsan Pembaca
KEADAAN di lokasi kejadian. FOTO Ihsan Pembaca

Berita berkaitan

‘Saya lihat wajah adik seperti tidur’ [METROTV]

‘Dua wanita maut, tiga selamat tragedi runtuhan jejambat’

‘Dua mangsa runtuhan stabil, seorang mangsa angkat tangan’

‘Mangsa pertama dibawa keluar daripada runtuhan jejambat’

‘Lori terlanggar jejambat bukan milik SUKE’

‘Jejambat runtuh dilanggar lori bawa jengkaut’

‘Lima terperangkap dalam van kilang dihempap runtuhan’

‘Van kilang dihempap jejambat lebuh raya runtuh’

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HMetro

 

Be the first to comment on "Jejambat runtuh: Pemandu treler positif dadah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*