Lebih Rela Mati, Suhaimi Saad Tolak Vaksin Covid-19

 

Kenyataan Suhaimi Saad baru-baru ini sekali lagi menimbulkan kontroversi kepada warganet kerana dia secara terang-terangan menyatakan dirinya menolak vaksin COVID-19. Isu antivaksin mungkin sudah lama dibincangkan, namun dek kerana pandemik melanda, orang ramai menjadi lebih sensitif dengan golongan antivaksin ini.

Walaupun pelbagai saranan dan nasihat telah diberi oleh golongan ilmuan seperti Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, namun golongan ini seakan tegar dengan pendirian sendiri.

Suhaimi Saad, menerusi postingnya menyatakan, dia tidak mengecam ulama atau mufti juga tidak berniat untuk menghasut sesiapa.

 

 

Foto: IG

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Suhaimi Saad (@mosusofficial)

 

 

“Aku tak kecam ulama atau mufti, tak juga berniat menghasut sesiapa. Apa pun hujjah orang, itu tidak akan semudah mudahnya mengubah pendirian aku. Sebab aku pun ambil dalil dari Al Quran.

“Dalam Al Quran, Allah kata, kalau kau ikut cara hidup kebanyakan manusia atas muka bumi ni,nescaya kau akan disesatkan dari jalan Allah. Aku juga ada pegangan dari hadis sohih.

“Tinggalkan apa yg meragukanmu dan ambillah apa yang tidak meragukanmu. So,fair tak perlu hasut dan tak perlu paksa. Apa pun dalil dan hujjah manusia, kalau kita ragu,tinggalkan itu lebih baik.

“Lidah boleh menipu,tapi hati takkan pernah berbohong. Aku 99% setuju dengan Ahmad Albob.

islam adalah agama Allah. Allah tak perlukan manusia atau sesiapa pun utk jaga agama Dia.

 

“Kalau semua org dalam dunia ni sihat dengan dengan vaksin tu pun,itu tak akan menambah atau mengurangi apa apa pun di sisi Allah. Jaga agama lebih utama bagi aku berbanding vaksin. dah berapa banyak vaksin yang mereka buat, tak menyumbuhkan pun. malah makin banyak pula penyakit baru.

“Aku rela mati berbanding membiarkan agama Allah dihina dan diperbodoh bodohkan oleh musuh islam. Dan aku minta pada Allah agar Allah buka seluruh hati manusia khususnya para mufti dan ulama untuk melihat kebenaran dengan mata pandang Allah.”

Mungkin niat Suhaimi hanya sekadar ingin meluahkan isi hatinya, namun nasihat penulis buat pembaca, ikutilah saranan pihak kerajaan dalam usaha menamatkan pandemik COVID-19 dengan mengambil vaksin.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : CARI

 

Be the first to comment on "Lebih Rela Mati, Suhaimi Saad Tolak Vaksin Covid-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*