Raikan Ulangtahun Perkahwinan Ke-35, Ini Rupanya Panggilan Agong Buat Permaisuri

Genap 35 tahun bersama sejak 1986, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah baru-baru ini telah menyambut ulangtahun perkahwinannya bersama Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Akui nakal, Tunku Azizah kongsi kisah zaman sekolah - Semasa | mStar

Perkara itu dikongsikan oleh baginda menerusi beberapa foto di laman Instagram, menyambut ulangtahun mereka secara sederhana dan melakukan majlis doa selamat dan majlis kesyukuran di kediaman baginda.

Menulis di ruangan kapsyen :

“majlis doa selamat n shukur bagi menyambut ulang tahun perkahwinan kami yg ke35M/36H …. alhamdulillah” tulis baginda

Baginda juga sempat berkongsikan beberapa foto dan video di laman Instagram miliknya sempena ulangtahun perkahwinan mereka :

Mari kita imbas kembali cerita-cerita tentang kemanisan rumahtangga Baginda yang dipetik dari penulisan BHarian, di mana Baginda pernah mendedahkan bahawa Tuanku Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin tidak memanggil baginda dengan panggilan ‘Darling’ atau ‘Sayang’, sebaliknya dengan panggilan Ji.

“Tuanku selalu panggil saya Ji, sebab itu nama saya sudah dikenali dengan panggilan Jiji atau Zizi. Saya pula panggil Tuanku, Alam atau Ba dan saya rasa, Tuanku suka dipanggil Ba.

“Masa mula-mula kahwin Tuanku ada kata, tidak akan panggil antara kami dengan panggilan Honey, Sweet Heart atau Darling, nanti kalau gaduh Honey entah ke mana,” cerita Tunku Azizah.

Wahh manis sungguh nama panggilan Ji, baru lah lain sikit kan!

Permaisuri Agong - Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah | theAsianparent Malaysia

Ditanya mengenai asam garam di dalam perhubungan baginda, ini jawapan Tunku Azizah :

“asam garam hidup berumah tangga sama juga seperti pasangan suami isteri yang lain. Dalam sebuah perkahwinan kita mesti jadi kawan baik pasa­ngan dan boleh berkomunikasi. Itu yang saya dan Tuanku lakukan.”

“Memang ada ketika kita marah antara satu sama lain tetapi kehidupan perlu diteruskan. Perkahwinan sesuatu yang kita usahakan untuk gembira, bukan ambil mudah antara satu sama lain. Kita perlu saling berusaha. Sedangkan lidah lagi tergigit,” titah Tunku Azizah.

Fesyen Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Punya Pesona Tersendiri! | Wanista.com

Betul apa yang dikatakan oleh Baginda, kita perlu usaha baru mengecapi bahagia.

Untuk makluman anda, satu dokumentari mengenai istiadat Majlis Perkahwinan Diraja antara Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah akan disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada hari Sabtu ini, 6 Mac 2021 pada 9 malam.

 

Sumber : Instagram @airtangan_tunkuazizah dan Bharian

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber  :  https://www.hotfm.com.my/

 

Be the first to comment on "Raikan Ulangtahun Perkahwinan Ke-35, Ini Rupanya Panggilan Agong Buat Permaisuri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*