Comel! Aiman Hakim, Zahirah MacWilson dedah wajah Isaac Raees selepas dua bulan dilahirkan

 

GENAP mencecah usia dua bulan, pasangan pelakon Aiman Hakim Ridza dan isteri, Zahirah MacWilson akhirnya berkongsikan nama dan wajah permata hati mereka buat tatapan umum.

Kedua-dua pelakon itu berkongsikan nama anak mereka, Isaac Raees serta foto eksklusif bayi itu ini di laman Instagram masing-masing pada Jumaat.

 

“Genap dua bulan usiamu anakku, Isaac Raees, daddy dan mummy akan sentiasa menyayangimu.

“Kami harap Isaac akan menjadi anak yang soleh, baik hati dan penyayang, jangan besar cepat sangat okey,” kata Aiman.

Zahirah, 26, turut menitipkan kata-kata ucapan untuk anaknya itu yang mana dia mengharapkan Isaac akan membesar menjadi insan yang sihat, kuat serta baik hati.

Pasangan ini turut membuka akaun Instagram untuk Isaac Raees.

Serentak dengan itu juga, Aiman, 32, dan Zahirah turut membuka akaun Instagram anak sulung mereka, @Isaacraees dan setakat ini ia telah mengumpul lebih 6,000 pengikut.

Menerusi laporan mStar sebelum ini, Aiman mengumumkan Zahirah selamat melahirkan anak sulung mereka di Perth, Australia pada 5 Januari lalu.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 20 Februari tahun lalu di sebuah premis acara di Damansara Perdana, Selangor.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

 

Be the first to comment on "Comel! Aiman Hakim, Zahirah MacWilson dedah wajah Isaac Raees selepas dua bulan dilahirkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*