[Video] Sak4t Batalkan Air Wuduk, Suami Geram Sampai ‘Sm4ckdown’ Isteri

Setiap pasangan yang berumah tangga pasti impikan rumah tangga harmoni dan kekal bahagia. Jika belum mempunyai cahaya mata, inilah masa sesuai untuk melakukan aktiviti bersama.

Tolak ansur dan gurauan juga dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri. Namun lain pula dengan video tular ini apabila si isteri seronok menyakat suaminya membatalkan air wuduk.

Bab batalkan air wuduk ni, memang boleh buat geram. Menerusi video tersebut, si suami dilihat sedang bersiap untuk menunaikan solat.

Tetapi, si isteri pula muncul dengan idea nakalnya yang sengaja menghulurkan tangan kepada suami untuk bersalam namun tidak dibalas kerana ada air wuduk.

@eira1708Isteri memang suka batalkan wudhu suami kan🤣🤣🤣… ##syurgaku ##imamku ##suamiku ##hartaberharga ##masihberdua ##fypシ ##fyp ##tiktokviraltrending♬ bunyi asal – Eira Syahirah

Tidak hanya berhenti setakat itu, si isteri terus memegang tangan suaminya dan seperti sudah disangka membuatkan si suami geram sehingga ‘dilututkan’ isterinya.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan gelagat pasangan berkenaan. Tidak kurang juga, ada yang berkongsikan mereka juga sering mengusik pasangan mereka sebegitu.

Malah, ada yang memberi komen lucu mengatakan yang single tidak dibenarkan menonton video tersebut bimbang timbul rasa cemburu.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

SUMBER: TikTok via gulapop

 

Be the first to comment on "[Video] Sak4t Batalkan Air Wuduk, Suami Geram Sampai ‘Sm4ckdown’ Isteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*