“Tunggu Bayi Lahlr, Baru Kami Umumkan..” Miera Liyana Ded4h H4mil 7 Bulan

Selepas mendirikan rumah tangga pada Julai tahun lalu, pelakon Miera Leyana mengesahkan dirinya sedang berbadan dua dengan usia kandungan mencecah tujuh bulan.

Menurut laporan BH Online, pelakon berusia 27 tahun itu meluahkan rasa syukur apabila tidak mengalami alahan sebaliknya semakin bertambah selera makan.

“Saya tiada alahan seperti muntah pada waktu pagi seperti kawan-kawan yang lain. Cuma yang ketara, selera makan makin bertambah. Saya juga tidak mengidam juadah pelik-pelik,” katanya.

Walau bagaimanapun, pelakon drama Hotel Mania itu teringin bagi menikmati ‘makan angin’ di luar negara seperti ke London, Paris serta menunaikan ibadah umrah.

Bertanya mengenai jantina cahaya mata sulung itu, Miera dan suaminya Rosland Othman memilih untuk tidak mendedahkannya sehingga bayi selamat dilahirkan.

“Tunggulah sehingga bayi lahir, baru kami umumkan kepada semua. Kami lebih selesa jantina anak ini menjadi kejutan,” ujarnya yang ‘bunting pelamin’.

Terdahulu, pemilik nama Miera Leyana Kasmi itu dituduh menjadi orang ketiga dan bermadu dalam menjalani perhubungan bersama suaminya.

Namun menerusi laporan media tempatan, Miera bagaimanapun tidak mengiyakan ataupun menidakkan dirinya bergelar isteri kedua.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: BH Online (Farihad Shalla Mahmud)

 

Be the first to comment on "“Tunggu Bayi Lahlr, Baru Kami Umumkan..” Miera Liyana Ded4h H4mil 7 Bulan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*