Peminat Tegur Tak Dengar. Sekali PU Syed Sendiri Buat Tegur4n Terbuka Kepada Sharifah Sakinah, Cukup Deep

 

” Assalamualaikum, maaf jika saya menegur. Kita keturunan yang mulia, dari nasab sebaik-baik nasab. Alangkah sedihnya datuk kita melihat anak cucu berpakaian seperti ini.”

Demikian perkongsian pendakwah bebas Syed Mohd Bakri Bin Syed Ishak atau PU Syed di Instagram beliau sebentar tadi yang menarik perhatian ramai.

Juara Pencetus Ummah musim ke 3 itu secara terbuka memberi teguran kepada pelakon, Sharifah Sakinah supaya menjaga ada dalam berpakaian.

” Mohon sangat-sangat jaga adab dalam berpkaian. Jika ada pengikut seperti yang ditunjukkan, pasti dosa akan mengalir masuk dalam buku catatan kita. Mohon dibaca nasihat ini dengan mata hati.” tulis PU Syed.

Selain itu, PU Syed turut mengatakan sebelum ini dia pernah menegur Sakinah dengan menghantar mesej secara peribadi namun tiada respon dari pelakon itu.

Umum mengetahui Sakinah agak se.ksi dalam berpkaian dan sering kali menc.etus perdeba.tan di kalangan warganet.

” Bersandarkan mafhum hadis Baginda Rasul, ” Sesiapa yg melihat (tahu) satu kemung.karan, hendaklah dia cegah dgn tangannya (kuasa), jika tak mampu dgn lidahnya dan jika tak mampu dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman”

” Pada 12 Jan 2019 ambe pernah DM utk menasihati puan dalam isu berpkaian, namun spt mana biasa dlm menegur org yg ada “nama” ni, mereka tak sempat nak baca pun, maka harini ambe tegur sekali lagi dan kali ini secara DM dan juga secara terbuka utk pedoman bersama

” Puan Sharifah Sakinah mempunyai seramai 2.4 juta pengikut di IG, manakala di sosmed yang lain ambe tak tahu dan tak ingin untuk ambil tahu.

” Ambe ingin TEGUR “perbua.tan” puan, sekaligus dpt menegur followers puan yg ramai itu kerana pasti akan ada yg terikut dgn gaya hidup puan ini.

” Islam menggariskan adab berpkaian, bagi seorang Muslim dan Muslimah, ini pasti pernah dipelajari semasa belajar dalam subjek pendidikan islam di sekolah rendah dan menengah, namun apa yg puan pertontonkan pada khalayak adalah suatu yg membawa kpd d0sa.

 

” Sekalipun hidup kita ini bebas, namun bagi umat Islam ada batas-batas yg tak boleh dilangkaui serta diIanggari

” Biarlah puan naik dan popular dgn disulami adab dan akhlak yg terpuji.

” Puan Sharifah Sakinah, ingatlah, Kita dari keturunan yg mulia dari nasab yg mulia, maka perlu ambe menegur utk puan kembali ke atas jalan yg sebenarnya.

” Inilah cara kita sesama saudara utk menyelamatkan saudarnya dari terus hanyut dalam mehnah dan ujian duniawi

” Belum terlambat utk puan tunjuk sesuatu yg mulia kpd followers puan di luar sana. Sekian” akhiri PU Syed.

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan pendapat dan teguran PU Syed itu.

Berdasarkan semakan Asia Kini di portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Gelaran ‘syed’ dan ‘syarifah’ diberikan kepada mereka yang mempunyai susur galur atau berketurunan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Jadi mungkin ini yang cuba diingatkan oleh PU Syed kepada Sharifah Sakinah.

 

Sumber:Instagram PU Syed.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.asiakini.com/2021/03/07/pusyed-dm-sakinah/

 

Be the first to comment on "Peminat Tegur Tak Dengar. Sekali PU Syed Sendiri Buat Tegur4n Terbuka Kepada Sharifah Sakinah, Cukup Deep"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*