Lima saman trafik kepada pelajar ‘carut’ guru

 

Kota Bharu: Polis Kelantan mengeluarkan lima saman trafik terhadap dua pelajar yang membonceng motosikal dan menconteng belakang baju sekolah dengan perkataan kesat terhadap guru.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, pihaknya sudah menjalankan siasatan dan menerima laporan berhubung tindakan pelajar berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Katanya, pihaknya sudah mengambil keterangan daripada kedua-dua pelajar terbabit dan kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan susulan.

“Saya menasihatkan kepada pelajar di peringkat sekolah menengah supaya menjaga kelakuan dan jangan menunjukkan sikap biadap.

“Generasi muda pada hari ini tidak sepatutnya menunjukkan perbuatan seperti itu dan dalam masa sama menjadi ingatan kepada ibu bapa supaya memainkan peranan memastikan kelakuan anak-anak sama ada berada di sekolah atau luar rumah.

“Selain itu, tanamkan juga semangat cintakan guru-guru sebagaimana kita menyayangi seseorang dan saya menyeru kepada remaja-remaja di luar sana supaya belajar daripada kesilapan orang lain,” katanya kepada pemberita selepas pemantauan kehadiran pelajar semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sekolah Kebangsaan (SK) Mulong 2, di sini, hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial menyaksikan dua individu menaiki dua motosikal dan memakai baju sekolah dengan tulisan menghina guru.

Mereka dipercayai calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang baru selesai menduduki peperiksaan.

Seorang daripadanya tidak memakai topi keledar.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HMetro

 

Be the first to comment on "Lima saman trafik kepada pelajar ‘carut’ guru"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*