Seludup pistol dalam kemaluan

 

WASHINGTON: Seorang suspek kes dadah didakwa menyorok sepucuk pistol kecil di dalam kemaluannya untuk diseludup ke dalam penjara.   

Lapor Metro, Amy Wilhite, 39, ditahan dengan senjata kecil itu di Penjara Boone County di Missouri pada bulan lalu.

Terdahulu, Wilhite ditahan atas beberapa tuduhan termasuk memiliki dadah jenis kristal methamphetamine dan menentang penangkapan.

Pada mulanya, kakitangan penjara yang melakukan pemeriksaan sepenuhnya ke atas Wilhite gagal mengesan sebarang senjata.

Hanya pada hari ke-17 suspek wanita itu ditahan, pistol jenis revolver dari Amerika Utara seberat 130 gram yang mampu memuatkan lima butir peluru itu ditemui.

Timbalan Sherif mendapat maklumat dan menemui senjata itu ketika memeriksa barangan peribadi Wilhite.

Menurut laporan The Smoking Gun, Wilhite dipercayai telah mengeluarkan pistol kecil itu daripada tubuh badannya dan menyembunyikannya di tempat lain selepas berjaya mengelak daripada pemeriksaan ketika ditahan di penjara.

Wilhite kini berdepan dengan satu lagi tuduhan iaitu kesalahan membawa senjata ke dalam pusat pemulihan.

Bagaimanapun, penyiasat tidak memaklumkan sama ada pistol baharu yang bernilai kira-kira AS$250 (RM1,022) itu mengandungi peluru.

Wilhite kekal berada di penjara.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Utusan Online

 

Be the first to comment on "Seludup pistol dalam kemaluan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*