“Asal Aliran Seni Je, Dicop Sebagai Kelas Belakang,” Tiz Zaqyah Persoal Sistem Pembelajaran

 

“Kenapa our schools separate art from everything? Baru sedar. Art stream je, budak-budak mal4s belajar, kurang cerdik, berm4salah,”

Itulah luahan aktress Tiz Zaqyah menerusi laman Twitter miliknya baru-baru ini yang tampil bersuara mempersoalkan tentang sistem pendidikan di Malaysia.

Umum mengetahui kebanyakkan sekolah mempraktikkan amalan meletakkan pelajar yang pintar untuk mengambil aliran Sains, manakala yang bermasalah akan dinasihatkan agar memasuki aliran Seni atau Perdagangan.

Bukan itu sahaja, pelajar yang mengambil aliran Seni ini juga rata-rata dilabel sebagai ‘kelas belakang’ dan pelajar bermasalah.

 

Pelakon yang popular menerusi drama rantaian Nur Kasih itu juga menzahirkan rasa sedih ketika menceritakan pengalamannya sewaktu di bangku sekolah.

“The school had to pindahkan me and my classmate from the art class masuk ke literature/econs class,”

Perkara tersebut sekaligus telah membuatkan setiap pergerakan ataupun kelebihan yang ada pada diri pelakon tersebut terbatas dan terhenti.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut bersetuju dengan pendapat Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak selain menceritakan pengalaman masing-masing.

Namun jika diperhatikan dengan teliti, ramai yang mengambil aliran Seni mampu membuktikan mereka juga boleh berjaya malah ada yang sehingga hari ini hidup dalam keadaan senang.

Mungkin ada sebab atau hikmah yang kita tidak tahu mengapa sistem pembelajaran di Malaysia ditetapkan begini.

Atau mungkin juga mentaliti perancang mengenai persekolahan juga perlu diubah. Apa pula pendapat anda?

 

Sumber:Hotfm

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://www.dnq.pw/2021/03/09/asal-aliran-seni-je-dicop-sebagai-kelas-belakang-tiz-zaqyah-persoal-sistem-pembelajaran/

 

Be the first to comment on "“Asal Aliran Seni Je, Dicop Sebagai Kelas Belakang,” Tiz Zaqyah Persoal Sistem Pembelajaran"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*