[VIDEO] “Selamatkan Kak Heliza Helmi!” – Terkeluar Perangai Masa Live, Hazwani Tampil Tenangkan Kakak

Bukan mudah sebenarnya apabila kita nak buat rancangan secara langsung. Kalau dahulu mungkin ianya hanya dirasai oleh golongan artis, namun kini sesiapa sahaja boleh buat rancangan secara  langsung. Cuma bukan di kaca televisyenlah, tetapi melalui media sosial. Tapi seperti yang dikatakan tadi, bukan mudah nak buat live show yang sebenar. Kalau tersil4p sikit, memang tak boleh edit dah, dan cuma hanya boleh cover sahaja.

Mungkin itulah yang terjadi kepada Nur Heliza Helmi yang merupakan seorang penyanyi dan juga aktivis kemanusiaan semasa muncul dalam satu program secara langsung. Dalam perkongsian video pendek di akaun TikTok milik Hazwani Helmi, yang juga merupakan adik kepada Heliza, dapat dilihat bagaimana Hazwani menjelaskan perbezaan dia sebagai adik dan Heliza sebagai kakak.

@hazwanihelmi

Agaknya siapa yg nampak adik siapa yg nampak kakak? 🤔 ##fyp ##thehelmis

♬ original sound – hazwanihelmi

Menurut Hazwani, kakanya itu kadang kalanya berpewatakan seperti seorang adik berbanding seorang kakak. 

“Kakak saya punya perangai aktif ni selalu tinggi walaupun saya sebagai adik ni dah tak ada tenaga, macam dia adik dan saya kakak,” ujar Hazwani dalam video pendek tersebut. 

Sejurus itu, Heliza dilihat secara tiba-tiba bersemangat menyampaikan luahan hatinya, sampaikan adiknya terpaksa menenangkannya. Itulah yang Hazwani kata sampai terkeluar perangai waktu dalam sebuah rancangan yang disiarkan secara langsung. 

Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen Instagram Heliza, rata-rata wargamaya terhibur dengan gelagat mereka adik beradik. Tidak kurang juga yang menyatakan telatah Heliza dengan gaya bersemangatnya itu nampak comel. Namun, itulah lumrah kita semua apabila menceritakan sesuatu yang dekat dengan hati, kita akan bersemangat untuk menyampaikannya. 

Sumber daripada: TikTok

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : hotfm

 

Be the first to comment on "[VIDEO] “Selamatkan Kak Heliza Helmi!” – Terkeluar Perangai Masa Live, Hazwani Tampil Tenangkan Kakak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*