“Yang Penting Tak….” -Netizen Mengusik Fazura Dan Suami Shopping Raya Di Saat-Saat Akhir

Aktres jelita Nur Fazura mendedahkan dirinya juga melakukan persiapan raya di saat-saat akhir untuk sambutan lebaran tidak lama lagi.

Menerusi laman sosial Instagram, Fazura berkongsi sekeping foto dirinya berada di sebuah gedung kain terkemuka.“Yay duduk sini mesti takde orang kenal hehe. Ya, Faz pun last minute shopping raya. Warna baju apa darling first day nanti?” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian itu lagi, Fazura kelihatan cukup manis mengenakan tudung bawal berwarna kuning cair dan dipadankan dengan kemeja kembang berona hijau zaitun.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji penampilan berhijab isteri kepada aktor kacak Fattah Amin itu.

Malah, tidak kurang juga ada yang meluahkan keluh-kesah tidak membuat persiapan raya memandangkan negara bakal menyambut lebaran dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Faz nampak ayu sangat berhijab. Moga-moga terbuka pintu hati untuk terus begini ya Faz sayang,” komen seorang wargamaya.

Simple yet so pretty, humble indeed,” puji seorang wargamaya.

Takde baju raya. Seperti tiada mood nak raya. Tapi tengok Faz shopping ni macam bersemangat nak beli baju raya,” kata seorang wargamaya.

Yang penting tak rentas negeri,” ujar seorang wargamaya.

“Belum beli lagi, macam tak best raya tahun ni,” luah seorang wargamaya.

Haha baru perasan tak beli baju lagi raya tahun ni. Takde rasa nak beli. Huhuhu. Baju tahun lepas la nampaknya,” kongsi seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, foto tersebut telah menerima lebih 150,000 tanda suka daripda pengikutnya.Sekadar info, tahun ini merupakan kali pertama Fazura dan Fattah menyambut Aidilfitri bersama anak perempuannya, Nur Fatima Aisya yang kini berusia enam bulan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Yang Penting Tak….” -Netizen Mengusik Fazura Dan Suami Shopping Raya Di Saat-Saat Akhir"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*